Assalamualaikum..
Hai readers.. ^_^


Aku nak cakap ni....

1) Aku rindu kat Baby Blue.. dia still kat workshop lagi..
taktau lah dah start repair ke belum.. sebab kene ikut turn..
bengkel besar dan specialist lah katakan.. insurans pun dah
lulus dengarnya..

2) Aku dah mula panik nak beli barang-barang bertunang..
Dah menggelabah gakla.. duit tengah ada tapi tak boleh nak
joli sakan.. tak boleh nak belanja siapa-siapa pun..
Kene gunakan untuk beli dulang hantaran, hiasan dulang dan
barangan untuk goodies.. everything is D.I.Y.. hahaaha percaya
tak aku nak buat semua tu sendiri tanpa perlu tempah sana sini..

3) Aku rindu kat F.. Semenjak akhir ni dia suka kacau aku kat
rumah.. Dia call cakap rindu lepastu end call.. hahahha macam-macam..
Pastu pantang aku tanya harini balik kul bape, terus tanya nak g ngeteh ke..
Amboiii laju.. Harap-harap lepas kahwin nanti dia tak bosan dengan aku..
Aku kadang-kadang cuba elak jumpa dia sebab nak bagi dia rindu..
Tak nak dia cepat bosan dengan aku.. sebab lepas kahwin nanti sampai
akhir hayat aku dia kene menghadap muka aku.. ohh yaa dia penah cakap
satu ayat ni.. terharu aku dengar.. dia cakap...

"Abang kalau boleh nak kita hidup bersama dan pergi pun bersama..
InshaAllah segalanya dengan izinNya.." ermm sedih ayat ni.. :(


p/s : selamat malam dunia. i love you.
Assalamualaikum..
Hai readers.. ^_^

Rasa macam banyak benda nak kongsi malam ni..
Tapi takpelah kot.. rasa mengah je.. macam baru lepas makan
kemudian berlari.. hahahhaa.. mengah semput sume ada..

Mr. F dan Mama


Malam semalam, F bagitahu aku yang dia dah bagitahu mama dia
yang dia nak bertunang dengan aku bulan ogos ni..
Dan Mama dia cakap, " Mama on je.." perghhh..perghh..perghh..
pastu Mama dan kakak dia cakap buat awal bulan ogos..
Amboiii tak saba ye.. hahahahaha.. lepas dia bagitahu tu aku mula lah
menggelabah macam ayam hilang anak..

Pagi tadi aku bangun pukul 5 pagi buat bihun singapore dan kuih keria
untuk majlis sambutan hari jadi kawan opis ibu.. Sambil aku masak-masak tu,
ibu berborak dengan aku.. Lepastu aku cucuk jarum bagitahu ibu pasal
bertunang awal bulan ogos ni.. Ibu pun setuju.. Ibu mintak F cakap perkara
ni kat ayah.. Alhamdulillah syukur lampu hijau semuanya.. Tinggal lampu
hijau ayah je ni.. 

Pukul 8 tadi aku amik F balik kerja sebab nak pulangkan kereta dia..
Dia bagitahu aku yang kitorang dah kene mula cari rumah..
Yelah masa dah dekat.. Harap-harap dapat rumah yang bersesuaian
dan selesa.. yang penting rumah tu JANGAN ADA TANGGA..
Sebab aku sangat tak suka rumah ada tangga.. takut jatuh..
Sebab waktu kat sekolah dulu aku penah jatuh tangga..


p/s : Alhamdulillah akhirnya aku ditemukan dengan seorang lelaki yang
        betul-betul nak ada komitmen dengan aku. ^_^