Hai readers.. ^_^
Rasa macam banyak benda nak kongsi malam ni..
Tapi takpelah kot.. rasa mengah je.. macam baru lepas makan
kemudian berlari.. hahahhaa.. mengah semput sume ada..
Mr. F dan Mama
Malam semalam, F bagitahu aku yang dia dah bagitahu mama dia
yang dia nak bertunang dengan aku bulan ogos ni..
Dan Mama dia cakap, " Mama on je.." perghhh..perghh..perghh..
pastu Mama dan kakak dia cakap buat awal bulan ogos..
Amboiii tak saba ye.. hahahahaha.. lepas dia bagitahu tu aku mula lah
menggelabah macam ayam hilang anak..
Pagi tadi aku bangun pukul 5 pagi buat bihun singapore dan kuih keria
untuk majlis sambutan hari jadi kawan opis ibu.. Sambil aku masak-masak tu,
ibu berborak dengan aku.. Lepastu aku cucuk jarum bagitahu ibu pasal
bertunang awal bulan ogos ni.. Ibu pun setuju.. Ibu mintak F cakap perkara
ni kat ayah.. Alhamdulillah syukur lampu hijau semuanya.. Tinggal lampu
hijau ayah je ni..
Pukul 8 tadi aku amik F balik kerja sebab nak pulangkan kereta dia..
Dia bagitahu aku yang kitorang dah kene mula cari rumah..
Yelah masa dah dekat.. Harap-harap dapat rumah yang bersesuaian
dan selesa.. yang penting rumah tu JANGAN ADA TANGGA..
Sebab aku sangat tak suka rumah ada tangga.. takut jatuh..
Sebab waktu kat sekolah dulu aku penah jatuh tangga..
p/s : Alhamdulillah akhirnya aku ditemukan dengan seorang lelaki yang
betul-betul nak ada komitmen dengan aku. ^_^
0 comments:
Post a Comment