Malam ini raya

Assalamualaikum pembaca setia.

Malam ini kita akan menyambut ketibaan Syawal. Pasti semua sedang sibuk mengemas rumah, balik ke kampung dan menziarahi pusara keluarga yang telah meninggal dunia. Bagaimana dengan persiapan kalian ? Bersederhana atau bermewah-mewah ?  Pakailah ikut kemampuan anda asalkan tidak membazir.

Tahun ini sambutan hari raya di rumahku agak berbeza. Selalunya raya kedua buat rumah terbuka untuk sanak saudara dan rakan taulan tetapi pada tahun ini, akan ada lagi satu majlis yang akan dilangsungkan iaitu majlis pertunangan. Jadi minggu ini aku mungkin sibuk dan tiada masa untuk kemaskini blog ni. Oh lupa nak kongsi yang aku baru je terima anak buah awal bulan 7 haritu. Namanya Aqil tapi aku panggil dia Adam sebab waktu panggil Adam tu mak ayah dia belum tentukan nak letak nama apa. Aku tak suka nak panggil budak kecik dengan panggilan baby. Mesti nak panggil nama sebab dalam nama ada doa. Jadi sekali kita panggil dia bermakna satu doa untuk dia. Kalau panggil Adam, Adam, Adam, Aqil, Aqil, Aqil.. haa kan dah banyak doa.. beza dengan panggil baby. Baby dalam islam tiada makna. Harap maklum.

Seronok cerita pasal Adam @ Aqil sampai lupa motif sebenar aku nak kemaskini blog ni. Lama juga aku tak kemaskini blog ni. Jadi hari ni lah masa untuk aku cerita dari A sampai B je. hahahaha... Okay, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ketibaan Syawal yang beberapa jam je lagi ni. Hurm sayu nak dengar takbir malam ni. Mesti air mata aku akan mengalir. Beraya tanpa arwah atuk untuk tahun yang ke-11 tahun. Setiap tahun aku dengar takbir raya aku akan menangis teringatkan atuk. Stop jap cerita pasal atuk sebab air mata dah berlinang. hurm.. syg sangat kat atuk.. Sambung ucapan balik.. Jadi, aku nak mintak ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki atas kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang aku kenal dengan korang semua. Halalkan segala makan minum yang kalian pernah bagi dekat aku. Ampun dan maaf sekiranya telah menyakiti hati korang. Aku doakan korang semua bahagia di dunia akhirat, senang di dunia akhirat, berjaya di dunia akhirat, punya keluarga yang bahagia dan yang sayang korang selalu dan semoga kalian hidup dirahmati Allah.. Semuanya dengan izin Allah..

Okaylah sampai sini je dulu aku menulis.. mungkin ada yang tak puas nak baca kan.. sebab aku sendiri pun tak puas nak menaip ni.. tapi kerja-kerja rumah dah menanti ni.. terpaksa gerak dulu.. Okaylah Selamat Hari Raya Aidilfitri.. ni raya aku sebab aku lahir waktu raya ! sebab tu nama ada fitri kat hujung.. orang sibuk nak raya aku sibuk nak beranak.. hahahhaa..  Tamat cerita sebelum raya..

0 comments: