Assalamualaikum
Hai readers ^_^
Jam menunjukkan 13:34 pm.
Baru je senduk nasi dan sup ayam&kentang ke dalam
mangkuk. Lepas habis menaip ni nak makan jap.
Hari isnin lepas, aku keluar dengan F pergi pejabat
pos Batang Kali dan pergi Easy sekali. F ada hal kat dua-dua tempat
ni kebetulan aku pun nak post resume dan ambil surat ayah.
Cerita cemburu ni jadi masa kat pejabat pos la..
Aku memang ada rasa panas belakang.
Aku dah dapat rasa macam ada benda tak baik akan jadi.
Tapi aku diamkan je.. Mula-mula F tunggu kat lua je..
Al-maklumlah pejabat pos kan mesti ramai orang..
Dia tak suka keadaan sesak-sesak ni..
Aku ajak dia masuk dalam sebab aku tengok kat lua tu panas.
Last-last dia masuk gak..
Tengah menunggu giliran sampai ni,
tiba-tiba ada seorang lelaki ni tolak pintu..
Aku kenal lelaki tu tapi aku diam je sebab aku tau F mcm mane.
Nak dijadikan citer lelaki tu menoleh dan nampak aku dan terus
cakap "Eh Nani...." pastu lelaki tu pun borak la ngan aku..
Hati aku memang tak sedap je waktu borak tu..
Aku pun tanya soalan yang biasa-biasa je la..
lelaki tu junior aku waktu kat sekolah dulu..
sekelas dengan adik aku.. F kat sebelah diam je..
aku cuba borak-borak dengan dia tapi dia tak layan..
Last-last lepas setel urusan, masuk kete pastu aku tanya la
nape diam aku ade wat salah ke..
Lama gak baru dia jawab ye.. Salah aku sebab borak lebih-lebih
dengan lelaki tu.. Alahaiii lelaki tu sebaya adik aku je..
lagipun memang aku kenal lelaki tu.. aku pun just tanya study lg ke?
sambung degree ke skrg, blaja kat bangi tak terserempak ke dgn Qila..
itu je.. itu pun dia boleh cemburu.. sampai je kat umah dia, dia terus campak
fon dia kt dinding. aku terdiam je.. terus aku balik..
Aku memang suka lelaki cemburu sebab aku akan nampak kasih syg dia..
tapi kalau cemburu macam ni hahahaha payah nak handle ni..
camane ni.. tapi dia memang penah cakap dia memang tak boleh tgk
mana-mana lelaki cakap dengan aku..
Aku ni memang dari sekolah orang ramai kenal..yela dulu aku budak sukan..
So waktu sukan lagi lah aku kenal ramai kawan tak kira kelas ataupun umur..
Tapi aku anggap kawan jela.. tade pape pun..
Memang dari kecik kawan aku ramai lelaki berbanding perempuan..
Dah kawan dengan perempuan sume nak tikam belakang je..
p/s : Sapu madu pada bibir yang kering, Insha Allah bibir akan sihat menawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment