Assalamualaikum..
Hai readers.. ^_^


Aku nak cakap ni....

1) Aku rindu kat Baby Blue.. dia still kat workshop lagi..
taktau lah dah start repair ke belum.. sebab kene ikut turn..
bengkel besar dan specialist lah katakan.. insurans pun dah
lulus dengarnya..

2) Aku dah mula panik nak beli barang-barang bertunang..
Dah menggelabah gakla.. duit tengah ada tapi tak boleh nak
joli sakan.. tak boleh nak belanja siapa-siapa pun..
Kene gunakan untuk beli dulang hantaran, hiasan dulang dan
barangan untuk goodies.. everything is D.I.Y.. hahaaha percaya
tak aku nak buat semua tu sendiri tanpa perlu tempah sana sini..

3) Aku rindu kat F.. Semenjak akhir ni dia suka kacau aku kat
rumah.. Dia call cakap rindu lepastu end call.. hahahha macam-macam..
Pastu pantang aku tanya harini balik kul bape, terus tanya nak g ngeteh ke..
Amboiii laju.. Harap-harap lepas kahwin nanti dia tak bosan dengan aku..
Aku kadang-kadang cuba elak jumpa dia sebab nak bagi dia rindu..
Tak nak dia cepat bosan dengan aku.. sebab lepas kahwin nanti sampai
akhir hayat aku dia kene menghadap muka aku.. ohh yaa dia penah cakap
satu ayat ni.. terharu aku dengar.. dia cakap...

"Abang kalau boleh nak kita hidup bersama dan pergi pun bersama..
InshaAllah segalanya dengan izinNya.." ermm sedih ayat ni.. :(


p/s : selamat malam dunia. i love you.
Assalamualaikum..
Hai readers.. ^_^

Rasa macam banyak benda nak kongsi malam ni..
Tapi takpelah kot.. rasa mengah je.. macam baru lepas makan
kemudian berlari.. hahahhaa.. mengah semput sume ada..

Mr. F dan Mama


Malam semalam, F bagitahu aku yang dia dah bagitahu mama dia
yang dia nak bertunang dengan aku bulan ogos ni..
Dan Mama dia cakap, " Mama on je.." perghhh..perghh..perghh..
pastu Mama dan kakak dia cakap buat awal bulan ogos..
Amboiii tak saba ye.. hahahahaha.. lepas dia bagitahu tu aku mula lah
menggelabah macam ayam hilang anak..

Pagi tadi aku bangun pukul 5 pagi buat bihun singapore dan kuih keria
untuk majlis sambutan hari jadi kawan opis ibu.. Sambil aku masak-masak tu,
ibu berborak dengan aku.. Lepastu aku cucuk jarum bagitahu ibu pasal
bertunang awal bulan ogos ni.. Ibu pun setuju.. Ibu mintak F cakap perkara
ni kat ayah.. Alhamdulillah syukur lampu hijau semuanya.. Tinggal lampu
hijau ayah je ni.. 

Pukul 8 tadi aku amik F balik kerja sebab nak pulangkan kereta dia..
Dia bagitahu aku yang kitorang dah kene mula cari rumah..
Yelah masa dah dekat.. Harap-harap dapat rumah yang bersesuaian
dan selesa.. yang penting rumah tu JANGAN ADA TANGGA..
Sebab aku sangat tak suka rumah ada tangga.. takut jatuh..
Sebab waktu kat sekolah dulu aku penah jatuh tangga..


p/s : Alhamdulillah akhirnya aku ditemukan dengan seorang lelaki yang
        betul-betul nak ada komitmen dengan aku. ^_^



Assalamualaikum..
Hai readers ^_^

Sambil menulis blog sambil chatting ngan F kat facebook..
Malam ni rasa tak sedap badan dan panas je..
Mujur dia perasan aku ada inbox dia kat facebook..
Bukan apa selalunya kalau aku rasa tak sedap ni aku terus call je..
tapi dah 2hari aku tak topup..So guna laman sosial tu jelah..
takpun telefon rumah..

Ouhh yaa "Mungkin kah ?"

Mungkin kah jadi ayah menghadiahkan aku smartphone baru
setelah Samsung S3 mini aku jatuh berderai ???

Ayah ada cakap nak tak smartphone ? Kalau nak, ayah nak belikan
tapi kene sabar.. haaa tu la ayat ayah yang masih terngiang-ngiang
kat telinga ni ha.. Kalau betul ayah nak beli kan.. Ya Allah syukur
sangat-sangat.. Tak payah aku guna duit saving aku untuk beli phone
baru.. Oh yaa F pun ada offer aku untuk beli phone baru.. Tapi aku
prefer ayah punya offer sebab F pun belum jadi suami aku lagi..
Aku cuma tak nak ada isu mengungkit je.. Dan paling aku takut ialah
kalau aku tak dapat jaga dengan baik.. Mesti F akan kecewa dengan
aku kan bila dia belikan aku phone lepastu phone tu hancur ke, jatuh ke,
hilang ke, kene curi ke... benda nak jadi kita taktau kan..

Serius aku memang perlu smartphone sekarang ni..
Senang aku nak contact dengan F..
Senang nak wassap2 macam dulu..
Senang nak kacau dia time keje.. hahhaa..
Dia sendiri mengaku dia rindu sangat waktu aku ada smartphone..
Ade je nak kacau dia.. Saba ye F..
Aku punt tengah saba je ni.. Ayah cakap dia nak beli dua..
Siaplah ayah, dengan ayah2 sekali aku kacau nanti.. ahhahaha

p/s : Selamat malam.



Assalamualaikum.. hai readers..
Tadi kirim kat ibu mintak tolong
belikan mauripan.. sebab mauripan je takde kat umah..

Resepi dah siap-siap google dah..
Pakai resepi "Mama".. Oh yaa sebenarnya saja tinggalkan
komen kat blog mama.. Pastu lewat ptg tu tengok mama
ada respon.. Jadi niat nak buat donut gebu ni semakin
melonjak-lonjak lah.. hahahahaaha !

Seriously memang terkejut sangat sebab ianya menjadi..
Sebab ni kali ketiga buat donut dalam hidup.. Sebelum ni
penah gak buat tapi 2 kali gagal.. hampa dan membazir tepung je..
Tapi kali ni tidak lagi.. hahahaha.. Dah dapat resepi yang ngam..
Memang pakai sampai bila-bila la.. ^_^

Jum tengok donut gebu kat bawah ni..
Macam comel je.. Macam cantik je.. Macam gebu je..


Haaa gebu kan.. kemain gebu sampai hilang lubang tengah tu..
Hahahaha tapi memang lembut dan sedap.. Ibu makan lebih
dari 5 ketul ! Adik yang kecik sekali si Aina tu siap cakap,
"Kak Nani, Kak Nani bukaklah kedai donut.. tp jual donut je..
buat ade yang letak coklat cair kt atas tu.. sebab sedap laa"
Alhamdulillah gembira sangat bila dapat feedback yang positif
dari ahli keluarga.. cuma betul lah kata Mama kene lebihkan
tepung pada tangan supaya senang nak menguli dan bentukkannya..

Jemput ke blog mama untuk dapatkan resepi yang lain..


p/s : Selamat memasak dan mencuba resepi baru ^_^

Assalamualaikum...
Hai readers ^_^

Hari ni aku bangun awal.. Bangun-bangun terus sarapan
air milo dan nuget tempura.. fuhh sedap je masuk dalam perut..
Lepas tu mata terus segar.. Ingat nak mandi terus tapi ibu mintak
tolong buang sampah.. So pegi buang sampah dan sidai kain lepastu
mandi dan solat.. Sekarang ni tengah duduk depan komputer mencari
ilmu agama melalui internet..
Semoga ilmu yang diperoleh mendapat barakah.. InshaAllah..

" Kita buat dulu, baru kita dapat hasil "

 ApAkah ? ApAkah ? ApAkah ? ApAkah ? ApAkah ? ApAkah ?

Hampir dalam setiap perkara, kelakuan dan dalam kehidupan seharian,
kita mesti kene buat dulu baru dapat hasil.. Contoh paling senang, kita kerja
baru dapat gaji. Mana ada dapat gaji baru kene kerja.. Macam tu jugak
dengan orang-orang di sekeliling kita, kita hormat dia dulu baru dia akan
hormat kita.. kita jangan mintak orang buat kat kita dulu sebaliknya kita
yang mulakan dulu.. begitu juga dengan ilmu Allah.. kita cari dulu praktikkan
dan dengan izinNya dia akan bagi sesuatu yang bermakna untuk kehidupan kita..
Sebaik-baik pertolongan adalah pertolongan dari Allah S.W.T. Jadi keraplah
meminta-minta hanya pada Allah.. Kerana Allah sangat suka hambaNya meminta
pada Dia.. ^_^

Contoh lain, kita ada pasangan. Kita nak dia setia dengan kita.. Boleh.. Tapi
kita yang kene setia dengan dia dulu baru dia akan setia dengan kita.. Dalam
setiap perkara kita kene lihat diri kita dulu.. Kadang-kadang bila kita dah setia,
tapi pasangan kita pula yang buat hal. Mungkin Allah nak kita lalui perasaan orang
yang pernah kita mainkan suatu ketika dahulu.. Siapa tahu perancangan Allah kan..
Yang pasti Allah itu Maha Adil.. Jadi kita kene ubah diri kita menjadi yang lebih baik
agar kita mendapat yang terbaik.. Insha Allah jodoh dari Allah itu pastinya terbaik..

Seterusnya, kita nak ada pekerjaan yang baik-baik maka kita kene berusaha
selagi boleh.. Ambil pengajaran dari kisah hidup aku sendiri.. Aku pernah menangis
tiap-tiap malam sebab tak dapat kerja.. Lepastu bila dah dapat, berlaku kemalangan
sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja.. Ibu minta aku berhenti kerja.. Aku turutkan..
Dia ibu dia punya naluri yang sangat kuat.. Mungkin dia tak sedap hati aku kerja kat situ..
Kerana hormatkannya, maka aku turutkan.. Setiap hari aku mendapat tekanan dari keluarga
namun aku pendamkannya.. Kadang-kadang adalah luahkan kat F.. Tapi keadaan tetap
tak berubah.. Aku masih tidak bekerja.. Aku jadi seorang yang banyak berfikir..
Aku fikir dengan menangis dan layan tekanan aku tetap tak dapat kerja dan buat apa nak
teruskan hidup macam tu.. Aku bangun berusaha dan terus berusaha hantar resume dan
buat permohonan kerja secara online.. Boleh kata seminggu tak lebih 10 resume aku hantar..
Takpe bermodalkan duit sikit nak cari kerja kerana aku yakin satu hari nanti pasti ada hasil..
Kemudian, aku cari Allah.. cari Allah untuk minta pertolongan.. ye aku tau Allah nampak
aku menangis.. Allah tau aku berduka.. Tapi Dia tak buat apa-apa pun sebab ? Aku terlepas
pandang sesuatu iaitu aku terlupa terlupa terlupa akan Dia di saat aku susah.. Aku terlupa
untuk meminta pertolongan dariNya.. Astaghfirullahalazim.. Kini, Alhamdulillah aku dah sedar
menangis tak dapat memberi hasil pada aku.. Jadi aku terus berusaha dan minta pada Allah
yang Maha Kuasa yang mampu berikan sesuatu yang mustahil kepada aku.. Insha Allah.. Amin..

p/s : kerap fikirkan kematian dan keadaan di sana macam mana..



Assalamualaikum,
Hai readers ^_^

Weeee... harini aku rasa macam seronok sangat nak menaip..
Hahahhaaha.. sebab hari ni aku masak yang special yang tak
pernah aku masak untuk keluarga aku apatah lagi untuk
orang lain..

Aku masak Nasi Lemak, Rendang Ayam, Telur Rebus, Sambal
Tumis dan Bubur Kacang Hijau.. hameeeekkkkk punya semua tu
berlemak.. hahahhaha.. adik-adik aku lah yang paling tak percaya
aku masak semua tu.. dia cakap kak Nani masak semua ni ke ?
lepastu makan bertambah-tambah.. hahaha makin debab la adik-adik
aku nanti.. bahagia aku tengok diorang makan.. satu kepuasan
bagi diri aku..

Oh yaa tadi F sempat singgah kat rumah aku nak ambil kad bank dia..
Duit belanja dia dah habis katanya.. Jadi aku bungkuskan kan dia
menu-menu yang aku masak tu.. Dia cakap badan aku dah berisi..
hahahha berjayalah nampaknya ginseng aku ambil tu.. Alhamdulillah..

Lepas dah habis pot pet pot pet ngan F aku pun masuk rumah
dan F balik rumah dia.. lepastu aku senduk bubur dalam cawan dan
percaya tak Raisha pun suka makan bubur kacang hijau aku buat tu..
siap tepuk-tepuk peha aku cakap "mamammmm" hahaha comelnya
lah anak buah acik yang sorang ni.. 

Dan yang paling terkejut ayah la.. aku baru je cakap kat ayah kat dapur ada
bubur kacang.. ayah terus pergi senduk dan habiskan.. siap bagitau lagi,
"Ni, ayah dah habiskan tau bubur kacang ni.. dah takde lagi dah tau.."
hahahhahaa aku cuma tertawa je.. sebab aku dah bape mangkuk plak makan..
Memang satu kepuasan bagi aku bila keluarga aku makan sampai habis
apa yang aku masak.. bahagia sangat.. Alhamdulillah syukur ya Allah..

p/s : training nak jadi isteri ni..muka cantik mesti kene pandai masak baru perfect.
Assalamualaikum
Hai readers ^_^

Jam menunjukkan 13:34 pm.
Baru je senduk nasi dan sup ayam&kentang ke dalam
mangkuk. Lepas habis menaip ni nak makan jap.

Hari isnin lepas, aku keluar dengan F pergi pejabat
pos Batang Kali dan pergi Easy sekali. F ada hal kat dua-dua tempat
ni kebetulan aku pun nak post resume dan ambil surat ayah.

Cerita cemburu ni jadi masa kat pejabat pos la..
Aku memang ada rasa panas belakang.
Aku dah dapat rasa macam ada benda tak baik akan jadi.
Tapi aku diamkan je.. Mula-mula F tunggu kat lua je..
Al-maklumlah pejabat pos kan mesti ramai orang..
Dia tak suka keadaan sesak-sesak ni..
Aku ajak dia masuk dalam sebab aku tengok kat lua tu panas.
Last-last dia masuk gak..
Tengah menunggu giliran sampai ni,
tiba-tiba ada seorang lelaki ni tolak pintu..
Aku kenal lelaki tu tapi aku diam je sebab aku tau F mcm mane.
Nak dijadikan citer lelaki tu menoleh dan nampak aku dan terus
cakap "Eh Nani...." pastu lelaki tu pun borak la ngan aku..

Hati aku memang tak sedap je waktu borak tu..
Aku pun tanya soalan yang biasa-biasa je la..
lelaki tu junior aku waktu kat sekolah dulu..
sekelas dengan adik aku.. F kat sebelah diam je..
aku cuba borak-borak dengan dia tapi dia tak layan..
Last-last lepas setel urusan, masuk kete pastu aku tanya la
nape diam aku ade wat salah ke..
Lama gak baru dia jawab ye.. Salah aku sebab borak lebih-lebih
dengan lelaki tu.. Alahaiii lelaki tu sebaya adik aku je..
lagipun memang aku kenal lelaki tu.. aku pun just tanya study lg ke?
sambung degree ke skrg, blaja kat bangi tak terserempak ke dgn Qila..
itu je.. itu pun dia boleh cemburu.. sampai je kat umah dia, dia terus campak
fon dia kt dinding. aku terdiam je.. terus aku balik..

Aku memang suka lelaki cemburu sebab aku akan nampak kasih syg dia..
tapi kalau cemburu macam ni hahahaha payah nak handle ni..
camane ni.. tapi dia memang penah cakap dia memang tak boleh tgk
mana-mana lelaki cakap dengan aku..

Aku ni memang dari sekolah orang ramai kenal..yela dulu aku budak sukan..
So waktu sukan lagi lah aku kenal ramai kawan tak kira kelas ataupun umur..
Tapi aku anggap kawan jela.. tade pape pun..
Memang dari kecik kawan aku ramai lelaki berbanding perempuan..
Dah kawan dengan perempuan sume nak tikam belakang je..

p/s : Sapu madu pada bibir yang kering, Insha Allah bibir akan sihat menawan.

Assalamualaikum..
Hai readers..
Malam ni nak kongsi cerita peribadi aku..

Aku memang banyak melakukan kesalahan selama
hidup 22 tahun ni.. oppss tak masuk 22 lagi.. hehehe :p

Lagi beberapa bulan je dah nak bergelar tunangan orang..
Aku rasa dah sampai masanya untuk aku berubah untuk
menjadi yang lebih baik dari sekarang.
Aku perlu mempersiapkan diri dengan cara hidup Islam yang
sebenarnya. Aku berubah kerana keinginan aku sendiri bukan
paksaan daripada sesiapa.
Sebab nak berubah ni bukan boleh dipaksa-paksa.

Malam ni aku nak share cara wudhu' yang betul.
Sebelum solat, mesti berwuduk dulu kan ? Kalau wuduk
pun tak betul macam mana nak solat kan.

Cara-cara berwudhu' :

-> Mulai wudhu' dengan niat.
-> Membaca Bismillah
-> Mencuci kedua telapak tangan
-> Berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung
-> Membasuh muka
-> Membasuh kedua tangan sampai ke siku
-> Mengusap kepala hingga ke tengkuk
-> Membasuh kedua-dua kaki
-> Doa setelah wudhu'

p/s : semoga perkongsian ini bermanfaat pada yang lain. ^_^

Assalamualaikum..
Hai semua pembaca setia blog yang takde follower ni.
Kahkahkahkah..

Hari ni aku rasa P.E.N.A.T. yang amat sangat.
Tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. cewahhh.. hahaha..
Tapi serius memang penat !

Harini dan sehinggalah jumaat ni aku kene hantar ayah kursus
kat ILSAS dan ambil ayah balik setelah tamat kursus..
Sementara nak tunggu ayah abis kursus, aku lepak kat umah
adik aku kat Bangi..

Sabtu ni pulak aku kene pergi temuduga terbuka kat Kelana Jaya..
First time nak pergi sana.. Ibu cakap kene gerak pukul 6.30pagi..
takut sesat.. sebab tak biasa area sana.. huhuhu.. betul gak tu..
pastu nanti boleh balik awal sebab ayah cakap sabtu tu banyak kenduri
kahwin.. ade 4buah umah rasanya.. ayah nak pergi semua la tu..
sebab ayah cakap abis je temuduga terus balik..

Aku harap aku berjaya temuduga ni. Amin ya rabbal alamin..
Aku akan buat something yang berbeza untuk temuduga terbuka ni..
Aku harap sangat ni rezeki aku..

p/s : wish me luck !

Assalamualaikum..
Hai readers..

Dijangka pertengahan bulan 2 ni BR1M yakni Bantuan Rakyat 1 Malaysia
akan mula diagihkan kepada rakyat Malaysia. Jadi mesti akan berlaku
kesesakan lalu lintas di jalan-jalan utama di seluruh Malaysia.

As Malaysian, aku amik je BR1M tu sebab aku tahu tu hak aku
sebagai penduduk Malaysia ni. Tapi bila nak cakap pasal politik
aku memang tak berkenan. Sebab aku memang bukan jurusan
politik, aku tak kenal dengan betul peribadi-peribadi pemimpin ni.
Tetapi tak bermakna aku tak hiraukan Malaysia ni. Malaysia ni tanah
air aku. Cuma aku tak sekencang mana nak berdebat hal-hal politik ni.

Okay stop pasal tu jap. Aku dah ada perancangan tersendiri nak buat
apa dengan BR1M ni.. Mulanya nak beli handphone baru.. Lenovo A850..
Tapi bila difikirkan semula lebih baik aku mula membeli barang tunangan
secara ansur-ansur. That's means beli sikit-sikitla. So, nanti tak terasa la
sangat mengalirnya duit tu..

Aku akan mulakan dengan membeli dulang hantaran sebanyak 7-9 buah.
Lebih kurang Rm200 gakla habis. So tinggal seratus. Boleh la beli alas
ataupun bunga-bunga untuk hias atas dulang tu nanti. Then, just tinggal
nak beli barangan untuk letak atas tu je.. hihihihii..

Okayla cukuplah menaip sampai disini.. Nak gi mandi, makan dan nak
gi JPN Kuala Kubu Bharu ambil kad pengenalan baru.. huhuhuhuuuu...


p/s : counting the months.

Assalamualaikum..
haiiii..


Okay nak sambung cerita pasal dinner tu..
After dinner, kitorang pun balik lah ke rumah..
maklumlah anak dara tak boleh balik lewat-lewat sangat..
nanti ibu dan ayah risau..
yela nyawa mana boleh di cari.. nyawa tak sama nilai
dengan wang ringgit.. begitu juga dengan maruah diri..

Lepas dah dinner dengan diorang, esoknya lak dinner ngan F..
Actually, kitorang ada masalah sikit..
sikit ?? no !! banyak sebenanye ! huhuhuhu -,-
Tapi malam tu jugak selesai semuanya..
Alhamdulillah lega sangat bila masalah dah selesai..
Segala salah faham dah terungkai..
Tiada tanda tanya lagi..
Daripada Ulu Yam Bharu, makan kat Rawang then balik ikut
jalan Bukit Sentosa, lepastu exit Rasa terus ke Kuala Kubu Bharu
then lalu kat Batang Kali barulah pulang ke rumah..
Bayangkan sepanjang perjalanan tu aku menangis je.. huhuhu

Susah sebenarnya bila kita dah sayang seseorang tu sangat..
Sebab dalam fikiran kita tu cuma ada dia je..
Dan sentiasa fikir apa next step hubungan ni..
Takkan bercinta macam tu je..
Mesti ada rasa nak kahwin dan ada anak..
Jadi tak nak tekanan fikir semua tu, aku semakin gigih berusaha
mencari kerja demi mencapai matlamat untuk jadikan hubungan ni
lebih bermakna untuk aku dan dia dan juga keluarga kami berdua..
Harap segalanya berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan..


p/s : Loye yaaa F


Assalamualaikum.. hai readers..


Dari hari ke hari nak update blog sebenanye..
So sekarang n dah ada mood nak menaip..
Nak citer pasal dinner sewaktu CNY ni..
Chinese New Year..

Boleh kata tiap-tiap malam aku makan lua..
aku bukan sambut tahun baru cina tu pun..
just keluar sebab sahabat-sahabat aku si Qilah, Kin,
Oda dan Nad balik ke Ulu Yam Bharu ni ha..
So, Kin yang belanja makan dan amik kitorang sume..
Malam tu aku makan Cantonese Mee Hoon..
Ouh sedap tapi banyak gila.. !
So, Qilah la tukang abiskan... hahahahaha
Kira okayla daripada membazirkan..

So, malam tu bergelak ketawa sakan.. hahaha..
macam apa dah gelak tak ingat dunia..
masing-masing jenis gelak kuat..
pastu bukak cite yang aku belajar masak dengan Oda..
Berdekah si Qilah ngan Nad gelakkan aku..
Aku pelik.. then aku tanya nape korang gelak ??
Then Qilah cakap macam tipu je kau belajar masak dengan Oda..
Kau tu paling pandai masak antara kitorang nape belajar ngan Oda..
woiiii... hahaha aku belajar masakan Korea la... bukan masakan Melayu..
Btw, thanks to Oda sebab sudi ajar aku masak masakan korea.. ^_^

Kembang sikit hidung dan punggung bila membe puji pandai masak
wakakakakakakka bangga gile sebenanye...
tapi kene cover-cover.. kang riak lak kang.. ahahahaha..


p/s : okay to be continue.. Raisha kacau !