Allah makbulkan permintaan aku ?
Posted by
Unknown
at
Sunday, December 29, 2013
Assalamualaikum..
Hai readers..
First of all, Alhamdulillah.. Syukran Jazilan..
Aku rase sangat gembira dan sangat teruja
nak bercerita panjang lebar malam ni..
Tapi aku akan cuba ringkaskan.. :P
Dalam entri aku yang lepas-lepas,
aku terlalu banyak bersedih sebab tak dapat kerja baru..
aku banyak menulis luahan hati aku pasal tak dapat kerja
dalam blog ni la.. kat sini jela luahan hati aku bila stress..
Lama jugak aku menganggur.. sebulan lebih..
Mungkin bagi orang lain, itu satu tempoh normal
untuk menganggur tapi bukan bagi aku..
Jenis aku, aku suka bekerja dan ada pendapatan..
Dan hidup aku tak suka bergantung dengan ibu dan ayah..
Selama aku menganggur tu, aku tak penah mengalah
pergi interview.. aku cuba je selagi peluang tu ada..
keluarga aku sendiri sampai kondem aku cakap da bosan
tengok aku pergi interview kejenya tak dapat pun..
pedih hati aku dengar.. tapi aku diamkan je..
aku terus usaha dan usaha.. boleh kata tiap-tiap malam
gak aku menangis sebab tak keje.. Mr.F aku tau lah..
sebab dia yang selalu kene dengar aku menangis dan
dia banyak bagi aku semangat supaya jangan putus asa
dan dia yakinkan aku ada rezeki nanti dapatlah kerja dan
dia selalu suruh aku bersabar..
Berkat kesabaran dan juga semangat tak mudah berputus asa
untuk pergi interview akhirnya aku dapat satu pekerjaan baru
di Orin's Advertising.. Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat..
Aku antara calon yang berjaya dalam temuduga tu.. suka sangat..
So, lepas ni aku kene laksanakan perancangan aku dengan baik
bila aku dah bekerja ni.. Terima kasih ya Allah kerana mendengar
rintihan aku dan memakbulkan permintaanku.. Alhamdulillah..
p/s: Mengadu dengan Allah, Allah akan dengar..
Minta pertolongan dari Allah, Allah akan bantu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
tahniah. jazakillahu khoiran kathira :)
Post a Comment