Assalamualaikum..
Hai readers..
First of all, Alhamdulillah.. Syukran Jazilan..

Aku rase sangat gembira dan sangat teruja
nak bercerita panjang lebar malam ni..
Tapi aku akan cuba ringkaskan.. :P

Dalam entri aku yang lepas-lepas,
aku terlalu banyak bersedih sebab tak dapat kerja baru..
aku banyak menulis luahan hati aku pasal tak dapat kerja
dalam blog ni la.. kat sini jela luahan hati aku bila stress..
Lama jugak aku menganggur.. sebulan lebih..
Mungkin bagi orang lain, itu satu tempoh normal
untuk menganggur tapi bukan bagi aku..
Jenis aku, aku suka bekerja dan ada pendapatan..
Dan hidup aku tak suka bergantung dengan ibu dan ayah..

Selama aku menganggur tu, aku tak penah mengalah
pergi interview.. aku cuba je selagi peluang tu ada..
keluarga aku sendiri sampai kondem aku cakap da bosan
tengok aku pergi interview kejenya tak dapat pun..
pedih hati aku dengar.. tapi aku diamkan je..
aku terus usaha dan usaha.. boleh kata tiap-tiap malam
gak aku menangis sebab tak keje.. Mr.F aku tau lah..
sebab dia yang selalu kene dengar aku menangis dan
dia banyak bagi aku semangat supaya jangan putus asa
dan dia yakinkan aku ada rezeki nanti dapatlah kerja dan
dia selalu suruh aku bersabar..

Berkat kesabaran dan juga semangat tak mudah berputus asa
untuk pergi interview akhirnya aku dapat satu pekerjaan baru
di Orin's Advertising.. Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat..
Aku antara calon yang berjaya dalam temuduga tu.. suka sangat..
So, lepas ni aku kene laksanakan perancangan aku dengan baik
bila aku dah bekerja ni.. Terima kasih ya Allah kerana mendengar
rintihan aku dan memakbulkan permintaanku.. Alhamdulillah..


p/s: Mengadu dengan Allah, Allah akan dengar..
Minta pertolongan dari Allah, Allah akan bantu..

Assalamualaikum
Hai Readers..

Guess what.. Rawang Banjir..!!!
Selalunya banjir dengan orang dan kenderaan je..
tapi hari ni banjir yang dahsyat..
air melimpah ruah di jalan raya..

Mujurlah hari ni ayah tak pergi kerja..
kalau tak habis kereta ayah tak boleh start nanti..
yela air da banyak masuk.. kereta pun ada kemungkinan
nak sangkut la nanti...

Takziah kepada mangsa-mangsa banjir di Rawang.. 
Semoga hari esok keadaan kembali normal..Amin..


p/s : maybe amaran kepada warga Rawang ?


Assalamualaikum
Hai readers...
Okay Selamat Petang..

Konon tadi baru nak tido.. tiba-tiba...
dapat satu call... ingatkan F yang call nak bagitau aku
yang dia dah bangun tido.. rupanya bukan F tapi suara perempuan..
Dia bagi salam dengan elok dan terus tanya.. ni Cik Hannani ye?
ouhh ye saya jawab aku.. aku tengok skrin fon, ouhh nombor
tak kenal.. then terus layan cik yang call aku tadi tu..

Rupa-rupanya dia call berkaitan dengan jawatan yang aku penah
mohon tu.. Pembantu Penyelia.. aku cuba je la khamis ni..
aku da set nak ditemu ramah pada khamis ni.. nak buat esok kan
krismas.. mesti company dia cuti kan.. so aku mintak nak datang khamis..

Moga-moga ni rezeki aku lah hendaknya..
Dah lama sangat aku menganggur ni.. huhuhu..
Kalau aku dapat keje ni, first gaji aku kat tempat baru ni
aku nak terus beli dulang hantaran.. aku nak ansur-ansur beli..
nanti takde teruk sangat habis duit bila dah dekat tarikhnya.. ^_^

p/s : Ya Allah permudahkanlah urusan ku dunia dan akhirat..

Assalamualaikum..
Hai Readers...

Okay hari ni nak share nama anak yang akan aku
beri pada anak aku suatu hari nanti.. InshaAllah
Allah akan beri rezeki yang paling diimpikan semua
pasangan yang telah bernikah..

Kalau dapat anak lelaki aku nak bagi nama...
Jeng..jeng..jeng... hahahha bukan jeng.. jeng.. jeng..
tu sound effect je..
Namanya ialah Adam Farish dan Adam Haidhar.
Taktau la nape aku suka nama ni.. hee mane tau dapat
kembar ke nanti.. kekekekke... 

Okay kalau pempuan pulak aku nak bagi nama
yang best-best jugak..
Adelia Zahra dan Adriana Zahra
Haaa comel kan ?? heee tengoklah siapa bakal ibu dia..

Kenapa 2 patah je nama bakal anak-anak aku ?
Sebab aku tak nak diorang berat bawa maksud nama tu..
Kedua-dua nama tu bererti sangat bagi aku sebab Adam
aku ambil sempena Nabi Adam A.S. dan Zahra pula
sempena nama gelaran puteri Nabi Muhammad S.A.W.
Dan maksud nama-nama ni pun baik-baik sahaja..

p/s : lagi dua tahun... ouh cepatnya masa berlalu
Assalamualaikum
hai readers..

Harini aku eksaited sangat nak buat
"Cupcake Sunquick"
Semuanya berpunca dari rancangan Sunquick Variarasa Tv3..
tengok macam sedap je.. macam sedap je..
So, jumla bace resepi 
yang aku amik kt fb fanpage sunquick ni..


Bahan-bahan :

>  125g buttercup
> 200g gula (aku pakai gula castor)
> Sunquick perisa orange / lemon
> Telur 2 biji
> 200g tepung gandum (aku pakai tepung kek)
> 2sudu kecil baking powder

Cara-cara : 

1) Pukul butter dengan gula sampai rata
2) kemudian masukkan telur, pukul sampai kembang
3) masukkan 2senduk sunquick
4) masukkan tepung gandum / tepung kek
5) kemudian masukkan baking powder dan pukul lagi sampai rata
6) masukkan dalam cup dan masak dalam oven selama 10-15 minit
dalam suhu 150-180'c
7) da kuning-kuning emas tu angkat dan keluarkan dan biar 10 minit
dan boleh la ngaapppp bersama yg tersayang


inilah hasilnya... taraaaaa...
ni hasil tangan aku... hee sedap tau tak..
masih terasa sunquicknya..
macam muffin Kenny Roger Roaster pun ade..
seyes tak tipu.. buat dulu baru tau.. hahaha..

p/s : next nak buat aiskrim paddle pop




Assalamualaikum hai readers..
Nak mengeluh kejap..
Hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Okay dah..

Nape F layan aku macam lain je sekarang ni ?
Dia ada masalah ape ye ?
Aku kene ajak dia keluar ke untuk dia cerita masalah dia ?
Aku tau dia tak selesa nak cerita bila dalam fon..

Kadang-kadang aku terasa hati jugak dengan F ni.. 
Tapi aku elakkan rasa macam tu dengan fikir
yang positif je.. Mungkin aku patut bagi dia ruang..
Tapi nanti kalau aku diam, dia fikir aku tak pedulikan dia pulak..
camane ni ?


p/s : bingung aku rase skang ni

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran air mata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan ibunda berikan

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Tiada bahgia jika tiada doa puja restu
Syurga itu di telapak kaki ibu

-Aishah-



p/s : lagu ni sangat memberikan kesan dalam hidup aku



Assalamualaikum and hye readers..

One question that plays in my mind now..

"What I am looking for in my life"

The question is huntered my life because
I do not know what I am looking for in my life.
Besides looking for the straight path, I do not know what
will happen to my life if I still being a jobless..

It is a SHIT.
My days so fucking damn much..
Its Asshole.. erghhh..
Sometimes, I feel like to run away from all of this..
But until when ? It does not give me a benefit
if I run away from my problems.

In this situation, I feels like nobody could understand me
unless they face the same thing that I have.
Crying over the night. 
Feels like everything is a HARD to do.
WORST, TERRIBLE, HORRIBLE.

I want a long-term job that qualified to my
qualification. I want to have a lot of savings, property, and
doing some charity to the person who need it.

And now, I feel like to go to camping and rest my mind..
hear the sound of river and jungle..
Lying down to the earth and looked up to see the beautiful of trees.

p/s : I wish it happens

Assalamualaikum..
Holla...hai readers..

Hari ni interview lagi.. tapi kat Bangi pulak..
Semalam tido kat umah sewa adik.. 
So petang tadi bersama-sama dengan adik gi mencari
tempat interview tu.. huhuhuhu..

Result interview akan dapat before end of this week..
Aku rasa macam nak putus asa dah..
Hari berganti hari.. 
Macam mana nak bertunang kalau duit takde ?
Macam mana nak bertunang kalau keje pun takde ?
Haishhh macam ape je =,="


p/s : Ya Allah, kuatkan hati ku.. Murahkan rezeki aku ya Allah..




Assalamualaikum semua..
Jumaat penghulu segala hari..
Tingkatkanlah ibadat pada setiap hari..

Jaga hubungan dengan Allah, 
Allah jaga hubungan kita dengan manusia yang lain..
Mudah-mudahan..

Esok, aku ade exam paper English Oral Communication
kat Oum Wangsa Maju.. huhuhu...
Harap-harap semuanya berjalan lancar dan semoga
aku dapat jawab soalan dengan mudah, tenang dan menjawab 
dengan jawapan yang tepat. Amin..

Ahad pun ade exam gak.. paper yang terakhir untuk sem pertama ni..
Paper Principle Management..
Aku cuma harap aku boleh buat yang terbaik je..
Dan seterusnya hari isnin aku ade interview kat Bangi..
harap ianya berjalan dengan lancar jugak...

Kalau aku tak "push" diri aku sendiri siapa yang nak tolong kan..
Okay ayat tacing.. memang aku tacing !
Lepas ni aku tak nak jaga hati orang dah..
aku nak pentingkan diri aku sendiri berbanding orang lain..
aku belajar untuk mula dari bawah..
aku mengalah untuk masa depan aku...
aku nak kumpul pengalaman.. aku tau aku boleh..
dan hanya aku boleh tingkatkan diri aku sendiri dan bukannya orang lain..


p/s: Ini harga yang perlu di bayar.

Assalamualaikum..
Hai readers ! 

Today I got one interview session at Alam Damai Impian..
Its a beautiful places.. Just nice.. ^_^
Thanks a lot to my Mr.F for accompany me 
to go to the interview..

I miss him a lot.. 
Even though we've meet today
but the feeling is still the same.. Don't know why..


p/s : Love you Mr.F

Assalamualaikum
Hai readers..


Kerja kosong.. kerja kosong.. kerja kosong..
Kerja kosong.. kerja kosong.. kerja kosong..
Kerja kosong.. kerja kosong.. kerja kosong..
Kerja kosong.. kerja kosong.. kerja kosong..
Kerja kosong.. kerja kosong.. kerja kosong..
Kerja kosong.. kerja kosong.. kerja kosong..

Ini lah kerja aku hari-hari semenjak bergelar penganggur terhormat..
plus semenjak bergelar cheff tak diiktiraf di rumah ni ha.. hahhaa

Seriusly nak keje ahhh...
Takde ke dato atau datin nak amik aku keje
dengan diorang ni..
aku memangla takde pengalaman yang bertahun-tahun tu..
tapi kalau korang aja aku, aku cepat je blaja..
dan kerja aku pun tip top tau...
kerja nak kemas, sempurna dan siap..

so apa tunggu lagi sila amik aku bekerja SEKARANG ! 
ye sekarang... please... hahahha...
aku gelak je tapi hati lara ni...


p/s: nak kerja laaaaaa !!! :((((

Assalamualaikum
Hai readers..

Aku tengah ade mood nak menaip ni ha..
Nak cite pasal jerawat..

Euuuwww apakah itu jerawat ??
Jerawat tu ibarat virus bagi aku.. jerawat yang
boleh wujud kat muka dan badan..
sangat AWESOME bila dia merebak denga jayanya !

Gara-gara jerawat, aku da melayang RM50.00 
untuk buat facial khas untuk jerawat..
kalau facial biasa baru RM35.00

Aku memang berperang betul dengan jerawat ni..
MALU tau tak??!!
Sebab sebelum ni aku penah ada jerawat yang sangat
teruk kat muka.. masa zaman sekolah dulu lah..
pastu da hilang.. skang ni naik balik..
bukan sikit tau.. dia datang berkumpulan..
TENSION !

So, kakak buat facial tadi suh aku avoid makanan laut dan kacang
buat sementara ni.. dan aku ikutkan jela..
lagi 2 minggu dia suruh aku datang untuk next treatment..
Harap muka aku cepat okay...
Aku nak muka yang bersih, takde parut, halus dan mulus..
no bulus.. ahhahaha 

p/s : kan best kalau ade tongkat sakti

Assalamualaikum
Hai readers.. 

Okay sedar tak sedar dah sebulan aku
MENGANGGUR !
This is so shit.. hahaha

Still boleh gelak kan ?
Yela sebelum ni aku penah nangis tapi tak dapat ape pun..
hurmm.. so gelak je la kat diri sendiri..

Sekarang ni, aku target nak kerja dengan kerajaan..
ouhh ya dalam bulan 12 ni kalau ade rezeki aku
nak jadi pengawas peperiksaan kat UPSI tu da cukup
baik daripada duk kat umah je.. 

Aku jenis tak suka la duduk rumah lama-lama..
aku nak kerja.. yang sesuai dengan kelayakan aku..
faham tak ? takde sape yang faham..
Allah je faham..
Aku dah usaha.. dan aku harap sangat Allah akan
beri aku jalan penyelesaian utk masalah aku ni..


p/s : hurm bila nak dapat interview ni