Assalamualaikum. Hai readers.
Macam-macam terjadi semenjak kebelakangan ni.
Aku cuba elak untuk mengeluh.
Aku tahu Allah sedang menduga aku.
Dengan izinNya aku masih mampu bertahan dan bersabar.
Sekarang ni aku masih berjaga untuk memerhatikan
anak buah aku Raisha. Ada makhluk yg ingin mendampinginya.
Nauzubillahiminzalik mintak dijauhkan.
Dengan berbekalkan ayat suci Al-quran dan selawat ke atas junjungan
Nabi Muhammad S.A.W dan sedikit bawang merah serta kunyit,
aku sapukan pada dahi, pelipat tangan dan kakinya untuk
menghalau makhluk tersebut. Dah 2malam Raisha menangis tak henti.
Kesian tengok dia. Sebab dia masih kecik dan. Tak mengerti apa-apa pun.
F pulak makan hati dengan aku.
Sebab tadi ibu da janji nak ke rumahnya untuk ubatkan Raisha.
Mama F pandai mengubat orang dan ingat nak mintak pertolongannya.
Tapi bila ayah da ubatkan tadi Raisha elok pula. Suhu badannya pun turun
menjadi normal semula. Jadi kami sekeluarga tak jadi ke rumah F.
Aku tau dia mesti kecewa kerana Mama dia mesti da siapkan
macam-macam. I'm sorry F.
P/s : Ya Allah, kuatkan semangat aku dalam menghadapi dugaan dariMu. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment