Assalamualaikum pembaca setia.

Malam ini kita akan menyambut ketibaan Syawal. Pasti semua sedang sibuk mengemas rumah, balik ke kampung dan menziarahi pusara keluarga yang telah meninggal dunia. Bagaimana dengan persiapan kalian ? Bersederhana atau bermewah-mewah ?  Pakailah ikut kemampuan anda asalkan tidak membazir.

Tahun ini sambutan hari raya di rumahku agak berbeza. Selalunya raya kedua buat rumah terbuka untuk sanak saudara dan rakan taulan tetapi pada tahun ini, akan ada lagi satu majlis yang akan dilangsungkan iaitu majlis pertunangan. Jadi minggu ini aku mungkin sibuk dan tiada masa untuk kemaskini blog ni. Oh lupa nak kongsi yang aku baru je terima anak buah awal bulan 7 haritu. Namanya Aqil tapi aku panggil dia Adam sebab waktu panggil Adam tu mak ayah dia belum tentukan nak letak nama apa. Aku tak suka nak panggil budak kecik dengan panggilan baby. Mesti nak panggil nama sebab dalam nama ada doa. Jadi sekali kita panggil dia bermakna satu doa untuk dia. Kalau panggil Adam, Adam, Adam, Aqil, Aqil, Aqil.. haa kan dah banyak doa.. beza dengan panggil baby. Baby dalam islam tiada makna. Harap maklum.

Seronok cerita pasal Adam @ Aqil sampai lupa motif sebenar aku nak kemaskini blog ni. Lama juga aku tak kemaskini blog ni. Jadi hari ni lah masa untuk aku cerita dari A sampai B je. hahahaha... Okay, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ketibaan Syawal yang beberapa jam je lagi ni. Hurm sayu nak dengar takbir malam ni. Mesti air mata aku akan mengalir. Beraya tanpa arwah atuk untuk tahun yang ke-11 tahun. Setiap tahun aku dengar takbir raya aku akan menangis teringatkan atuk. Stop jap cerita pasal atuk sebab air mata dah berlinang. hurm.. syg sangat kat atuk.. Sambung ucapan balik.. Jadi, aku nak mintak ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki atas kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang aku kenal dengan korang semua. Halalkan segala makan minum yang kalian pernah bagi dekat aku. Ampun dan maaf sekiranya telah menyakiti hati korang. Aku doakan korang semua bahagia di dunia akhirat, senang di dunia akhirat, berjaya di dunia akhirat, punya keluarga yang bahagia dan yang sayang korang selalu dan semoga kalian hidup dirahmati Allah.. Semuanya dengan izin Allah..

Okaylah sampai sini je dulu aku menulis.. mungkin ada yang tak puas nak baca kan.. sebab aku sendiri pun tak puas nak menaip ni.. tapi kerja-kerja rumah dah menanti ni.. terpaksa gerak dulu.. Okaylah Selamat Hari Raya Aidilfitri.. ni raya aku sebab aku lahir waktu raya ! sebab tu nama ada fitri kat hujung.. orang sibuk nak raya aku sibuk nak beranak.. hahahhaa..  Tamat cerita sebelum raya..
Assalamualaikum..
hai pembaca semua..
walaupun takde pembace.. -..-"

siapa sangka sebuah perhubungan itu akan diduga oleh Allah ?
tak sangka kan.. setiap orang bila diduga akan berasa lemah sangat..

menangis semahu-mahunya (terutama perempuan) sbb cara perempuan
untuk berasa rasa lega adalah dengan menangis.. selepas menangis dia akan
sedar ini adalah dugaan dari Allah.. Tanda Allah sayangkan dia sebab tu Allah
uji dia.. Bila redha dengan ujian tu ucaplah Alhamdulillah.. kerana Allah sedang
beri perhatian pada kamu.. wahh beruntungnya diri diduga Allah kerana Allah sayang..


p/s : Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.


Assalamualaikum hai readers !
Hope semua sihat-sihat je okay.. ^_^

 Pagi ni semangat on komputer semata-mata nak update blog ni..
Nak citer macam-macam.. hahahahhaaa...

Last week, F mintak aku teman dia makan tengahari..
Lepastu tiba-tiba dia ajak pergi NSK Rawang cari air mineral
sea master yg kecik tu.. tapi malangnya tade.. last-last dia beli coklat
crispy je.. Aku tanya ngan cashier tu psl mineral water tu sebab ramai
orang nak kawen beli air mineral tu dorang cakap cari kat NSK tp cashier tu jawab
barang kat NSK Selayang tak semestinya ada kat NSK Rawang.. aku pun diam jela..

Pastu kitorang g NSK Selayang lak.. cari punya cari tak jumpa...
Last-last aku tanya pekerja dia dan tunjuk picture air mineral aku nak tu..


Guess what ? diorang cakap dulu NSK Selayang memang ade jual tapi sekarang dah tade.. hurm saba jela... Sambil mencari-cari tu F lalu kat lorong makanan dalam tin. Dia tunjuk aku tin sardin.. dia cakap, "Sayang tu sardin sayang..

aku pun jawab haah nampak.. nape dengan sardin tu ? dia cakap, nak beli la sayang.. pastu aku gelak la.. aku cakap kita kan nak cari air mineral abang.. bukan sardin.." tiba-tiba muka dia monyok dan aku terus teringat dia ada cakap yang dia teringin nak makan sardin.. dia ada suruh aku masak tapi waktu tu sardin kat rumah aku pulak da abis.. so, dia pun diam jela.. so, hari ni aku decide petang sikit aku nak masak sardin.. malam ni kuar dating, aku nak bagi dia lauk sambal sardin.. kompom dia senyum lebar punya lah.. hahahhaa... satu benda yang aku rasa seronok dengan dia, dia jujur dengan bagi komen setiap apa yang aku masak.. masin ke apa yang kurang ke dia bagi tahu je.. dan aku senang dengan orang macam dia sebab aku boleh improve apa yang kurang.. tapi so far ni dua kali jela penah kene tegur.. hihihihi.. yang lain okay je..dan aku bersyukur sangat dia suka makan dari air tangan aku.. walaupun resepi internet je kan.. dan dia pun memang jenis suka makan kat rumah berbanding makan kat luar.. sebab kadang-kadang makan kat luar dia boleh muntah takpun mesti makan tak habis..

So hari ni aku memang nak buat dia senyum dan happy sebab benda dia mengidam nak makan, dia akan dapat makan hari ni.. hihihihihiii.. well masa g NSK Rawang dengan Selayang tu dia punyalah gentleman, siap bukak dan tutup pintu kereta aku... hihihihii syokk uh... rasa macam PRINCESS.. bhahahahahahhaaa !!! I Love You Fadli.. I'll make you happy like the way you make me happy..


p/s : menghitung hari... ^_^
Hai readers..

Since battery fon ni pun tinggal 4% je, so aku update jela mana yang sempat.. Rasanya agak lama tak update blog ni.. Harap keadaan semua yang tersayang dalam keadaan yang baik hendaknya..

Alkisah muncul semula nama Larrikin Nani ni bila ada cikgu sekolah menengah ingat aku dah kawen.. Hahaha yang kecohnya sbb tanya kt adik aku, " betul ke kakak awak Larrikin Nani da kawen " muahahahaa.. Adik aku terkejut sebab taktau ttg nama tu.. Dia just jawab belum lagi.. Yang kawen haritu tu abg saya..

Dan alang-alang tgh menaip ni, dah bolehlah kot aku bagitau yang aku confirm bertunang bulan 8 ni.. Tarikh ? Ouhh itu biarlah rahsia..

Lagi 2bulan je nak sarung ni.. Hee ^_^


Semoga majlis tu nanti berjalan dengan lancar.. Amin ya rabbal alamin.. Akhirnya bahagia mendampingiku.. Alhamdulillah.. Semoga langkah seterusnya untuk membina masjid dipermudahkan.. Amin..
Assalamualaikum..
Hai readers..

13 April 2014.

Untuk kali ketiga aku jatuh pengsan
selama 22tahun aku hidup.

Oh yaa
sebelum nak bercerita ni, da genap seminggu aku berusia 22tahun.
Yela birthday 6 April haritu. Terima kasih yang tidak terhingga pada
yang telah membuat ucapan dan juga yang telah memberi hadiah.

Okay sambung cerita.

Siang tadi aku, ibu dan aina pergi program derma darah. Yang boleh
derma aku dan ibu je. Aina masih bawah umur. Jadi tak boleh derma.
Lepas selesai derma darah, kitorang bertiga ke Tesco Rawang Bt 16.
Sampai je kat sana, aku dan ibu turunkan beg-beg baju yang nak di dermakan.
Lepastu kitorang masuk Tesco sebab ibu nak cari rak kasut..

Aku dengan lincahnya berjalan.. sampaila aku tiba-tiba rasa pening..
Dan aku cakap kat ibu yang aku nak minum air..
Ibu cakap pergi beli dan minum dulu.. So, aku pergi la kt fridge yang
jual minuman.. Aku sampai je kt fridge air minuman Twister, aku tengok tulisan kt
botol tu macam bergerak.. Aku bukak penutup botol tu dan minum..
Lepastu, aku pusing ingat nak pergi bayar terus kat kaunter sebab aku da minum
air tu.. tapi baru je aku pusing, aku terus terjatuh kat deretan air Twister yang ade kt fridge
tu dan mujur aku disambut oleh seorang pekerja lelaki Tesco yang kebetulan tengah
buat kerja kat situ.. mujur kepala aku tak terhentak kat lantai.. Syukur..

Balik je rumah, ibu gelak-gelak cerita kat family.. hurmm.. malu aku..
Assalamualaikum..
Hai readers..

Apa kaba semua?
Harap-harap semuanya berjalan
Dengan lancar hendaknya..

Lama tak update blog..
Cerita terbaru, gigi bongsu
Sebelah kiri baru nk tumbuh..
Tu yg mata tak boleh nk lelap ni..

Aku bahagia dengan apa yg
Aku ada sekarang..
Dan aku terfikir adakah yg terluka
Sudah berbahagia ?

Semoga bahagia milikmu jua..


Assalamualaikum readers..

Malam tadi aku mimpi si Hana dan Syida..
Ermm aku mimpi Hana kene gilis dengan LRT..
Dalam mimpi tu, LRT baru sampai tapi belum berhenti
lagi tapi Hana tak menyempat nak masuk dan terus digilis..

Syida pulak aku mimpi waktu tu aku jumpa kawan-kawan lama..
Tiba-tiba kawan-kawan aku tanya, Eh Nani kau tau syida da meninggal?
Aku jawab, Eh taktau pun.. takde sape bagitau aku pun.. ermm sakit ape?
Tak sempat diorang nak jawab aku terjaga dari tidur..
Aku tengok jam kat handphone menunjukkan pukul 2.01pagi..

Waktu aku terjaga, aku rasa berdebar-debar je..
Tapi orang cakap kalau kita mimpi seseorang tu meninggal
maknanya umur dia panjang.. Mudah-mudahan.. Amin..
Aku tergerak jugak nak bangun terus buat solat sunat..
Tapi terlelap balik..

Ya Allah, panjangkanlah umur keluargaku, saudara maraku, sahabat perjuanganku,
dan orang yang ku sayangi dengan kebaikan dan jauhkanlah kami daripada
kemudaratan, malapetaka, maksiat dan perkara-perkara yang dilarang olehMu..
Jadikan usia hidup kami satu bekalan yang cukup untuk di akhirat kelak.. Amin..


p/s : Kita tidak pernah tahu bila tarikh mati kita. Kita alpa kematian selalu menjenguk kita.

Assalamualaikum
Hai readers...

SAKIT PERUT + SAKIT KAKI... sedih !

Dalam perut ni macam ada angin berlegar-legar je..
Kat kaki pulak pagi tadi sidai kain tersepak batu
bata dekat pasu berdekatan dengan bakul baju tu..

Hari ni dah Jumaat.. Esok aku pergi Pulau Pinang..
Georgetown here I come bebehhh.. hahhahaa...
Kalau bab berjalan no.1
Cuba kalau ajak lipat kain, cekodokkk jawabnya...
Hahahahaa..

Okay perut cepat sembuh ye..
Kaki pun sama okay.. kene cepat sembuh..
Esok kita nak jalan jauh ni..
Homestay dekat dengan laut..
Weee... naik pelampung la main kat laut.. hahahha..
Aku dahla penakut dengan ombak..
Memang main dekat-dekat ngan pantai jela jawabnya..

Doakan semoga perjalanan aku sekeluarga pergi dan balik
selamat ye.. Nanti F mesti rindu.. huhu... F jaga diri baik-baik
ye.. Minggu ni kita tak dapat nak date sabtu ahad.. Jangan buat
perangai ye.. Kalau ahad ni tak keje, duduk je umah okay.. hahaha..


p/s : Jum kemas baju !


Assalamualaikum..
Hai readers..

I'm glad to say that Mr. F and me has take a look
at house-to-be. hahahahaha.. semacam je ayat aku..

Kalau dah Melayu tu Melayu jugaklah kan..
Haa beberapa hari yang lepas F dan aku ada pergi tengok
rumah yang F selalu cerita tu..
Rumah tu bagi aku, 'just nice and simple'.

Sedap mata memandang.. Tak besar tak kecik..
Dan yang sedih sikit rumah tu ada tangga..
Bukan rumah bertingkat okay.. cuma tangga dlm
rumah untuk ke loteng atas.. Kalau F jadi beli rumah
tu, aku dah cakap awal-awal aku tak nak naik
tangga ke loteng tu.. hahahahaa..

Tapi yang aku suka kat rumah tu sebab depan rumah
ada 'playground', jiran ramai kat sekeliling.. plus rumah
corner lot.. so, boleh la aku nak cucuk tanam sikit..
Haaa ingat aku takde bakat bercucuk tanam ke haa???
Belum cuba belum tahu.. haaa.. tudiaaa ehh..

Okay ni baru satu rumah yang kitorang pergi tengok..
Nanti nak ajak dia tengok rumah kat area Tamu Hill..
Kat belakang tu banyak projek rumah baru nak naik..

Btw, aku macam tak sangka F dan aku dah sampai
ke tahap ni.. yelah beli barang nak bertunang, cari rumah..
Ni lah benda yang aku pernah impikan dulu..
For your information, barang-barang dan hiasan dulang hantaran
semua aku buat sendiri.. Nanti dah siap aku update kat sini okay..
Takpun masa lepas majlis bertunang baru aku update.. baru teruja
nak tengok kan..

p/s : doakan kebahagiaan aku bersama F dunia akhirat ye.. ^_^

Assalamualaikum..
Hai readers..

Semalam aku dapat waran tangkap..
Sedih habak ang !
Pasal saman langgar lampu isyarat dulu..
Haiyooo dah dapat waran tangkap baru gelabah
nak gi bayar.. hahahahaa..
Pagi ni jugak aku gi setelkan.. Alhamdulillah selesai
segalanya dengan baik.. cuma..cuma..cuma..

Aku nak tegur sikit tingkah laku Polis Trafik Kuala Kubu Bharu
ni.. Aku tau aku orang awam, tapi tak bermakna pihak polis trafik
ni boleh berkelakuan kurang adab dengan orang awam..
Benda ni kecik je pun.. Aku memang kali pertama datang
cawangan trafik Kuala Kubu Bharu ni.. so memang taktau lah
mana pintu masuk nak bayar saman ni..

Kebetulan ada seorang pegawai polis ni baru sampai..

Aku : Assalamualaikum encik, tumpang tanya kat mana ye nak bayar
saman trafik ?

Polis 1 : Waalaikumussalam, dekat atas tu.. naik ikut tangga tu.. saman
apa tu ?

Aku : Saman traffic light..

Polis 1 : ouhhh.. haa ikut tangga tu, pejabat bayar saman kat atas tu..

Aku : Terima kasih encik.

Polis 1 : Sama-sama..


Haaa apa yang tak kene ? okay je kan ? Polis 1 ni memang okay..
walaupun muka dia garang tapi dia jawab dengan penuh adab dan sopan..
Aku pun meneruskan perjalanan ke pejabat bayar saman tu.. Tengah aku naik
anak tangga tu, tiba-tiba Polis 2 tegur aku...

Polis 2 : haaa ni apesal ?? apahal ?? apahal ?? (muka bengis)

Aku : (tersentak sekejap dan tenung muka polis 2 tu) saya nak bayar saman.

Polis 2 : haa okay..

Aku : terima kasih. (aku pun taktau kenapa aku ucap terima kasih tp mungkin akan
buat dia terasa hati sebab orang muda macam aku masih boleh hormatkan dia
walaupun dia tak beradab dengan aku)

Ni teguran aku nak bagi buat Polis-Polis Trafik yang bersikap macam Polis 2 ni..

Saya ni orang muda encik. Encik tu orang tua. Sepatutnya encik menunjukkan
sikap yang baik pada saya. Supaya orang muda macam saya ni lebih hormat
dan boleh mencontohi sikap encik. Tapi kalau macam tu lah cara encik berhadapan
dengan orang awam seperti saya, ada ke orang nak hormat encik ? Tak semestinya
encik tu polis encik boleh berkelakuan kurang adab dengan orang lain. Ianya hanya
menconteng arang ke muka sendiri. Maaf cakap, saya memang sukar nak hormat orang
macam tu. Saya fikirkan encik ni lebih berusia dari saya je saya diamkan diri.. Saya taknak
encik malu ditegur oleh orang muda seperti saya. Lagipun saya datang cuma nak bayar
saman je.. bukan nak ceroboh pejabat encik ke nak bakar pejabat encik ke.. Saya datang
cara baik.. Saya berharap encik akan sedar cara encik berhadapan dengan orang awam tu
tidak sepatutnya begitu.. Encik mungkin boleh mencontohi sikap pegawai polis yang lain..

Apa-apa pun terima kasih kepada semua pegawai yang telah melayani
saya dengan baik pagi ini.


p/s : Tingkah laku kita mencerminkan identiti kita.


Assalamualaikum..
Hai readers..
heee cam lame je tak menulis ni.. hahahaa..

Hari ni memang nak kepoh sikit..
Nak tulis banyak entri..

Sabtu lepas aku dapat Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat daripada SPA..

SPA tu apa ? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Mengalir gaklah air mata macam tak percaya dapat surat
daripada SPA.. harap-harap adalah rezeki untuk sumbang
keringat pada perkhidmatan sektor kerajaan.. yelah kerja
kerajaan ni banyak kemudahannya dan elaun-elaunnya..
Mudah-mudahan ada rezeki untuk aku.. Amin ya rabbal alamin..


p/s : Doakan semoga aku berjaya menggalas jawatan tersebut..
Assalamualaikum..
Hai Readers ^_^


08 MAC 2014 adalah tarikh peperiksaan
untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29.

Alhamdulillah aku terpilih untuk menduduki peperiksaan tu sabtu ni..
Tapi gementar sampai tak boleh nak buang air besar.. tangan sejuk-sejuk..
Punyalah aku gementar tak terkata.. Aku tak sangka aku terpilih untuk
menduduki peperiksaan tu.. tapi aku bersyukur sangat kerana menjadi
di antara yang terpilih..

Jadi, aku kene buat persediaan.. kene keluar modal sikitlah untuk beli
e-book.. ada tips-tips, soalan dan jawapan.. Aku harap berbaloilah
usaha aku ni.. Aku yakin dengan Allah dan aku yakin rezeki datangnya
dari Allah.. Jika dia kurniakan jawatan ni untuk aku, maka akulah
orang yang paling bahagia.. Ya Allah permudahkanlah urusanku..
Permudahkanlah peperiksaan ini untuk aku.. Berilah aku kejayaan
yang cemerlang di dalam peperiksaan ini.. Amin ya rabbal alamin..


p/s : kalian doakan aku jugak okay. tq.
Assalamualaikum..
Hai readers.. ^_^


Aku nak cakap ni....

1) Aku rindu kat Baby Blue.. dia still kat workshop lagi..
taktau lah dah start repair ke belum.. sebab kene ikut turn..
bengkel besar dan specialist lah katakan.. insurans pun dah
lulus dengarnya..

2) Aku dah mula panik nak beli barang-barang bertunang..
Dah menggelabah gakla.. duit tengah ada tapi tak boleh nak
joli sakan.. tak boleh nak belanja siapa-siapa pun..
Kene gunakan untuk beli dulang hantaran, hiasan dulang dan
barangan untuk goodies.. everything is D.I.Y.. hahaaha percaya
tak aku nak buat semua tu sendiri tanpa perlu tempah sana sini..

3) Aku rindu kat F.. Semenjak akhir ni dia suka kacau aku kat
rumah.. Dia call cakap rindu lepastu end call.. hahahha macam-macam..
Pastu pantang aku tanya harini balik kul bape, terus tanya nak g ngeteh ke..
Amboiii laju.. Harap-harap lepas kahwin nanti dia tak bosan dengan aku..
Aku kadang-kadang cuba elak jumpa dia sebab nak bagi dia rindu..
Tak nak dia cepat bosan dengan aku.. sebab lepas kahwin nanti sampai
akhir hayat aku dia kene menghadap muka aku.. ohh yaa dia penah cakap
satu ayat ni.. terharu aku dengar.. dia cakap...

"Abang kalau boleh nak kita hidup bersama dan pergi pun bersama..
InshaAllah segalanya dengan izinNya.." ermm sedih ayat ni.. :(


p/s : selamat malam dunia. i love you.
Assalamualaikum..
Hai readers.. ^_^

Rasa macam banyak benda nak kongsi malam ni..
Tapi takpelah kot.. rasa mengah je.. macam baru lepas makan
kemudian berlari.. hahahhaa.. mengah semput sume ada..

Mr. F dan Mama


Malam semalam, F bagitahu aku yang dia dah bagitahu mama dia
yang dia nak bertunang dengan aku bulan ogos ni..
Dan Mama dia cakap, " Mama on je.." perghhh..perghh..perghh..
pastu Mama dan kakak dia cakap buat awal bulan ogos..
Amboiii tak saba ye.. hahahahaha.. lepas dia bagitahu tu aku mula lah
menggelabah macam ayam hilang anak..

Pagi tadi aku bangun pukul 5 pagi buat bihun singapore dan kuih keria
untuk majlis sambutan hari jadi kawan opis ibu.. Sambil aku masak-masak tu,
ibu berborak dengan aku.. Lepastu aku cucuk jarum bagitahu ibu pasal
bertunang awal bulan ogos ni.. Ibu pun setuju.. Ibu mintak F cakap perkara
ni kat ayah.. Alhamdulillah syukur lampu hijau semuanya.. Tinggal lampu
hijau ayah je ni.. 

Pukul 8 tadi aku amik F balik kerja sebab nak pulangkan kereta dia..
Dia bagitahu aku yang kitorang dah kene mula cari rumah..
Yelah masa dah dekat.. Harap-harap dapat rumah yang bersesuaian
dan selesa.. yang penting rumah tu JANGAN ADA TANGGA..
Sebab aku sangat tak suka rumah ada tangga.. takut jatuh..
Sebab waktu kat sekolah dulu aku penah jatuh tangga..


p/s : Alhamdulillah akhirnya aku ditemukan dengan seorang lelaki yang
        betul-betul nak ada komitmen dengan aku. ^_^



Assalamualaikum..
Hai readers ^_^

Sambil menulis blog sambil chatting ngan F kat facebook..
Malam ni rasa tak sedap badan dan panas je..
Mujur dia perasan aku ada inbox dia kat facebook..
Bukan apa selalunya kalau aku rasa tak sedap ni aku terus call je..
tapi dah 2hari aku tak topup..So guna laman sosial tu jelah..
takpun telefon rumah..

Ouhh yaa "Mungkin kah ?"

Mungkin kah jadi ayah menghadiahkan aku smartphone baru
setelah Samsung S3 mini aku jatuh berderai ???

Ayah ada cakap nak tak smartphone ? Kalau nak, ayah nak belikan
tapi kene sabar.. haaa tu la ayat ayah yang masih terngiang-ngiang
kat telinga ni ha.. Kalau betul ayah nak beli kan.. Ya Allah syukur
sangat-sangat.. Tak payah aku guna duit saving aku untuk beli phone
baru.. Oh yaa F pun ada offer aku untuk beli phone baru.. Tapi aku
prefer ayah punya offer sebab F pun belum jadi suami aku lagi..
Aku cuma tak nak ada isu mengungkit je.. Dan paling aku takut ialah
kalau aku tak dapat jaga dengan baik.. Mesti F akan kecewa dengan
aku kan bila dia belikan aku phone lepastu phone tu hancur ke, jatuh ke,
hilang ke, kene curi ke... benda nak jadi kita taktau kan..

Serius aku memang perlu smartphone sekarang ni..
Senang aku nak contact dengan F..
Senang nak wassap2 macam dulu..
Senang nak kacau dia time keje.. hahhaa..
Dia sendiri mengaku dia rindu sangat waktu aku ada smartphone..
Ade je nak kacau dia.. Saba ye F..
Aku punt tengah saba je ni.. Ayah cakap dia nak beli dua..
Siaplah ayah, dengan ayah2 sekali aku kacau nanti.. ahhahaha

p/s : Selamat malam.



Assalamualaikum.. hai readers..
Tadi kirim kat ibu mintak tolong
belikan mauripan.. sebab mauripan je takde kat umah..

Resepi dah siap-siap google dah..
Pakai resepi "Mama".. Oh yaa sebenarnya saja tinggalkan
komen kat blog mama.. Pastu lewat ptg tu tengok mama
ada respon.. Jadi niat nak buat donut gebu ni semakin
melonjak-lonjak lah.. hahahahaaha !

Seriously memang terkejut sangat sebab ianya menjadi..
Sebab ni kali ketiga buat donut dalam hidup.. Sebelum ni
penah gak buat tapi 2 kali gagal.. hampa dan membazir tepung je..
Tapi kali ni tidak lagi.. hahahaha.. Dah dapat resepi yang ngam..
Memang pakai sampai bila-bila la.. ^_^

Jum tengok donut gebu kat bawah ni..
Macam comel je.. Macam cantik je.. Macam gebu je..


Haaa gebu kan.. kemain gebu sampai hilang lubang tengah tu..
Hahahaha tapi memang lembut dan sedap.. Ibu makan lebih
dari 5 ketul ! Adik yang kecik sekali si Aina tu siap cakap,
"Kak Nani, Kak Nani bukaklah kedai donut.. tp jual donut je..
buat ade yang letak coklat cair kt atas tu.. sebab sedap laa"
Alhamdulillah gembira sangat bila dapat feedback yang positif
dari ahli keluarga.. cuma betul lah kata Mama kene lebihkan
tepung pada tangan supaya senang nak menguli dan bentukkannya..

Jemput ke blog mama untuk dapatkan resepi yang lain..


p/s : Selamat memasak dan mencuba resepi baru ^_^

Assalamualaikum...
Hai readers ^_^

Hari ni aku bangun awal.. Bangun-bangun terus sarapan
air milo dan nuget tempura.. fuhh sedap je masuk dalam perut..
Lepas tu mata terus segar.. Ingat nak mandi terus tapi ibu mintak
tolong buang sampah.. So pegi buang sampah dan sidai kain lepastu
mandi dan solat.. Sekarang ni tengah duduk depan komputer mencari
ilmu agama melalui internet..
Semoga ilmu yang diperoleh mendapat barakah.. InshaAllah..

" Kita buat dulu, baru kita dapat hasil "

 ApAkah ? ApAkah ? ApAkah ? ApAkah ? ApAkah ? ApAkah ?

Hampir dalam setiap perkara, kelakuan dan dalam kehidupan seharian,
kita mesti kene buat dulu baru dapat hasil.. Contoh paling senang, kita kerja
baru dapat gaji. Mana ada dapat gaji baru kene kerja.. Macam tu jugak
dengan orang-orang di sekeliling kita, kita hormat dia dulu baru dia akan
hormat kita.. kita jangan mintak orang buat kat kita dulu sebaliknya kita
yang mulakan dulu.. begitu juga dengan ilmu Allah.. kita cari dulu praktikkan
dan dengan izinNya dia akan bagi sesuatu yang bermakna untuk kehidupan kita..
Sebaik-baik pertolongan adalah pertolongan dari Allah S.W.T. Jadi keraplah
meminta-minta hanya pada Allah.. Kerana Allah sangat suka hambaNya meminta
pada Dia.. ^_^

Contoh lain, kita ada pasangan. Kita nak dia setia dengan kita.. Boleh.. Tapi
kita yang kene setia dengan dia dulu baru dia akan setia dengan kita.. Dalam
setiap perkara kita kene lihat diri kita dulu.. Kadang-kadang bila kita dah setia,
tapi pasangan kita pula yang buat hal. Mungkin Allah nak kita lalui perasaan orang
yang pernah kita mainkan suatu ketika dahulu.. Siapa tahu perancangan Allah kan..
Yang pasti Allah itu Maha Adil.. Jadi kita kene ubah diri kita menjadi yang lebih baik
agar kita mendapat yang terbaik.. Insha Allah jodoh dari Allah itu pastinya terbaik..

Seterusnya, kita nak ada pekerjaan yang baik-baik maka kita kene berusaha
selagi boleh.. Ambil pengajaran dari kisah hidup aku sendiri.. Aku pernah menangis
tiap-tiap malam sebab tak dapat kerja.. Lepastu bila dah dapat, berlaku kemalangan
sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja.. Ibu minta aku berhenti kerja.. Aku turutkan..
Dia ibu dia punya naluri yang sangat kuat.. Mungkin dia tak sedap hati aku kerja kat situ..
Kerana hormatkannya, maka aku turutkan.. Setiap hari aku mendapat tekanan dari keluarga
namun aku pendamkannya.. Kadang-kadang adalah luahkan kat F.. Tapi keadaan tetap
tak berubah.. Aku masih tidak bekerja.. Aku jadi seorang yang banyak berfikir..
Aku fikir dengan menangis dan layan tekanan aku tetap tak dapat kerja dan buat apa nak
teruskan hidup macam tu.. Aku bangun berusaha dan terus berusaha hantar resume dan
buat permohonan kerja secara online.. Boleh kata seminggu tak lebih 10 resume aku hantar..
Takpe bermodalkan duit sikit nak cari kerja kerana aku yakin satu hari nanti pasti ada hasil..
Kemudian, aku cari Allah.. cari Allah untuk minta pertolongan.. ye aku tau Allah nampak
aku menangis.. Allah tau aku berduka.. Tapi Dia tak buat apa-apa pun sebab ? Aku terlepas
pandang sesuatu iaitu aku terlupa terlupa terlupa akan Dia di saat aku susah.. Aku terlupa
untuk meminta pertolongan dariNya.. Astaghfirullahalazim.. Kini, Alhamdulillah aku dah sedar
menangis tak dapat memberi hasil pada aku.. Jadi aku terus berusaha dan minta pada Allah
yang Maha Kuasa yang mampu berikan sesuatu yang mustahil kepada aku.. Insha Allah.. Amin..

p/s : kerap fikirkan kematian dan keadaan di sana macam mana..



Assalamualaikum,
Hai readers ^_^

Weeee... harini aku rasa macam seronok sangat nak menaip..
Hahahhaaha.. sebab hari ni aku masak yang special yang tak
pernah aku masak untuk keluarga aku apatah lagi untuk
orang lain..

Aku masak Nasi Lemak, Rendang Ayam, Telur Rebus, Sambal
Tumis dan Bubur Kacang Hijau.. hameeeekkkkk punya semua tu
berlemak.. hahahhaha.. adik-adik aku lah yang paling tak percaya
aku masak semua tu.. dia cakap kak Nani masak semua ni ke ?
lepastu makan bertambah-tambah.. hahaha makin debab la adik-adik
aku nanti.. bahagia aku tengok diorang makan.. satu kepuasan
bagi diri aku..

Oh yaa tadi F sempat singgah kat rumah aku nak ambil kad bank dia..
Duit belanja dia dah habis katanya.. Jadi aku bungkuskan kan dia
menu-menu yang aku masak tu.. Dia cakap badan aku dah berisi..
hahahha berjayalah nampaknya ginseng aku ambil tu.. Alhamdulillah..

Lepas dah habis pot pet pot pet ngan F aku pun masuk rumah
dan F balik rumah dia.. lepastu aku senduk bubur dalam cawan dan
percaya tak Raisha pun suka makan bubur kacang hijau aku buat tu..
siap tepuk-tepuk peha aku cakap "mamammmm" hahaha comelnya
lah anak buah acik yang sorang ni.. 

Dan yang paling terkejut ayah la.. aku baru je cakap kat ayah kat dapur ada
bubur kacang.. ayah terus pergi senduk dan habiskan.. siap bagitau lagi,
"Ni, ayah dah habiskan tau bubur kacang ni.. dah takde lagi dah tau.."
hahahhahaa aku cuma tertawa je.. sebab aku dah bape mangkuk plak makan..
Memang satu kepuasan bagi aku bila keluarga aku makan sampai habis
apa yang aku masak.. bahagia sangat.. Alhamdulillah syukur ya Allah..

p/s : training nak jadi isteri ni..muka cantik mesti kene pandai masak baru perfect.
Assalamualaikum
Hai readers ^_^

Jam menunjukkan 13:34 pm.
Baru je senduk nasi dan sup ayam&kentang ke dalam
mangkuk. Lepas habis menaip ni nak makan jap.

Hari isnin lepas, aku keluar dengan F pergi pejabat
pos Batang Kali dan pergi Easy sekali. F ada hal kat dua-dua tempat
ni kebetulan aku pun nak post resume dan ambil surat ayah.

Cerita cemburu ni jadi masa kat pejabat pos la..
Aku memang ada rasa panas belakang.
Aku dah dapat rasa macam ada benda tak baik akan jadi.
Tapi aku diamkan je.. Mula-mula F tunggu kat lua je..
Al-maklumlah pejabat pos kan mesti ramai orang..
Dia tak suka keadaan sesak-sesak ni..
Aku ajak dia masuk dalam sebab aku tengok kat lua tu panas.
Last-last dia masuk gak..
Tengah menunggu giliran sampai ni,
tiba-tiba ada seorang lelaki ni tolak pintu..
Aku kenal lelaki tu tapi aku diam je sebab aku tau F mcm mane.
Nak dijadikan citer lelaki tu menoleh dan nampak aku dan terus
cakap "Eh Nani...." pastu lelaki tu pun borak la ngan aku..

Hati aku memang tak sedap je waktu borak tu..
Aku pun tanya soalan yang biasa-biasa je la..
lelaki tu junior aku waktu kat sekolah dulu..
sekelas dengan adik aku.. F kat sebelah diam je..
aku cuba borak-borak dengan dia tapi dia tak layan..
Last-last lepas setel urusan, masuk kete pastu aku tanya la
nape diam aku ade wat salah ke..
Lama gak baru dia jawab ye.. Salah aku sebab borak lebih-lebih
dengan lelaki tu.. Alahaiii lelaki tu sebaya adik aku je..
lagipun memang aku kenal lelaki tu.. aku pun just tanya study lg ke?
sambung degree ke skrg, blaja kat bangi tak terserempak ke dgn Qila..
itu je.. itu pun dia boleh cemburu.. sampai je kat umah dia, dia terus campak
fon dia kt dinding. aku terdiam je.. terus aku balik..

Aku memang suka lelaki cemburu sebab aku akan nampak kasih syg dia..
tapi kalau cemburu macam ni hahahaha payah nak handle ni..
camane ni.. tapi dia memang penah cakap dia memang tak boleh tgk
mana-mana lelaki cakap dengan aku..

Aku ni memang dari sekolah orang ramai kenal..yela dulu aku budak sukan..
So waktu sukan lagi lah aku kenal ramai kawan tak kira kelas ataupun umur..
Tapi aku anggap kawan jela.. tade pape pun..
Memang dari kecik kawan aku ramai lelaki berbanding perempuan..
Dah kawan dengan perempuan sume nak tikam belakang je..

p/s : Sapu madu pada bibir yang kering, Insha Allah bibir akan sihat menawan.

Assalamualaikum..
Hai readers..
Malam ni nak kongsi cerita peribadi aku..

Aku memang banyak melakukan kesalahan selama
hidup 22 tahun ni.. oppss tak masuk 22 lagi.. hehehe :p

Lagi beberapa bulan je dah nak bergelar tunangan orang..
Aku rasa dah sampai masanya untuk aku berubah untuk
menjadi yang lebih baik dari sekarang.
Aku perlu mempersiapkan diri dengan cara hidup Islam yang
sebenarnya. Aku berubah kerana keinginan aku sendiri bukan
paksaan daripada sesiapa.
Sebab nak berubah ni bukan boleh dipaksa-paksa.

Malam ni aku nak share cara wudhu' yang betul.
Sebelum solat, mesti berwuduk dulu kan ? Kalau wuduk
pun tak betul macam mana nak solat kan.

Cara-cara berwudhu' :

-> Mulai wudhu' dengan niat.
-> Membaca Bismillah
-> Mencuci kedua telapak tangan
-> Berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung
-> Membasuh muka
-> Membasuh kedua tangan sampai ke siku
-> Mengusap kepala hingga ke tengkuk
-> Membasuh kedua-dua kaki
-> Doa setelah wudhu'

p/s : semoga perkongsian ini bermanfaat pada yang lain. ^_^

Assalamualaikum..
Hai semua pembaca setia blog yang takde follower ni.
Kahkahkahkah..

Hari ni aku rasa P.E.N.A.T. yang amat sangat.
Tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. cewahhh.. hahaha..
Tapi serius memang penat !

Harini dan sehinggalah jumaat ni aku kene hantar ayah kursus
kat ILSAS dan ambil ayah balik setelah tamat kursus..
Sementara nak tunggu ayah abis kursus, aku lepak kat umah
adik aku kat Bangi..

Sabtu ni pulak aku kene pergi temuduga terbuka kat Kelana Jaya..
First time nak pergi sana.. Ibu cakap kene gerak pukul 6.30pagi..
takut sesat.. sebab tak biasa area sana.. huhuhu.. betul gak tu..
pastu nanti boleh balik awal sebab ayah cakap sabtu tu banyak kenduri
kahwin.. ade 4buah umah rasanya.. ayah nak pergi semua la tu..
sebab ayah cakap abis je temuduga terus balik..

Aku harap aku berjaya temuduga ni. Amin ya rabbal alamin..
Aku akan buat something yang berbeza untuk temuduga terbuka ni..
Aku harap sangat ni rezeki aku..

p/s : wish me luck !

Assalamualaikum..
Hai readers..

Dijangka pertengahan bulan 2 ni BR1M yakni Bantuan Rakyat 1 Malaysia
akan mula diagihkan kepada rakyat Malaysia. Jadi mesti akan berlaku
kesesakan lalu lintas di jalan-jalan utama di seluruh Malaysia.

As Malaysian, aku amik je BR1M tu sebab aku tahu tu hak aku
sebagai penduduk Malaysia ni. Tapi bila nak cakap pasal politik
aku memang tak berkenan. Sebab aku memang bukan jurusan
politik, aku tak kenal dengan betul peribadi-peribadi pemimpin ni.
Tetapi tak bermakna aku tak hiraukan Malaysia ni. Malaysia ni tanah
air aku. Cuma aku tak sekencang mana nak berdebat hal-hal politik ni.

Okay stop pasal tu jap. Aku dah ada perancangan tersendiri nak buat
apa dengan BR1M ni.. Mulanya nak beli handphone baru.. Lenovo A850..
Tapi bila difikirkan semula lebih baik aku mula membeli barang tunangan
secara ansur-ansur. That's means beli sikit-sikitla. So, nanti tak terasa la
sangat mengalirnya duit tu..

Aku akan mulakan dengan membeli dulang hantaran sebanyak 7-9 buah.
Lebih kurang Rm200 gakla habis. So tinggal seratus. Boleh la beli alas
ataupun bunga-bunga untuk hias atas dulang tu nanti. Then, just tinggal
nak beli barangan untuk letak atas tu je.. hihihihii..

Okayla cukuplah menaip sampai disini.. Nak gi mandi, makan dan nak
gi JPN Kuala Kubu Bharu ambil kad pengenalan baru.. huhuhuhuuuu...


p/s : counting the months.

Assalamualaikum..
haiiii..


Okay nak sambung cerita pasal dinner tu..
After dinner, kitorang pun balik lah ke rumah..
maklumlah anak dara tak boleh balik lewat-lewat sangat..
nanti ibu dan ayah risau..
yela nyawa mana boleh di cari.. nyawa tak sama nilai
dengan wang ringgit.. begitu juga dengan maruah diri..

Lepas dah dinner dengan diorang, esoknya lak dinner ngan F..
Actually, kitorang ada masalah sikit..
sikit ?? no !! banyak sebenanye ! huhuhuhu -,-
Tapi malam tu jugak selesai semuanya..
Alhamdulillah lega sangat bila masalah dah selesai..
Segala salah faham dah terungkai..
Tiada tanda tanya lagi..
Daripada Ulu Yam Bharu, makan kat Rawang then balik ikut
jalan Bukit Sentosa, lepastu exit Rasa terus ke Kuala Kubu Bharu
then lalu kat Batang Kali barulah pulang ke rumah..
Bayangkan sepanjang perjalanan tu aku menangis je.. huhuhu

Susah sebenarnya bila kita dah sayang seseorang tu sangat..
Sebab dalam fikiran kita tu cuma ada dia je..
Dan sentiasa fikir apa next step hubungan ni..
Takkan bercinta macam tu je..
Mesti ada rasa nak kahwin dan ada anak..
Jadi tak nak tekanan fikir semua tu, aku semakin gigih berusaha
mencari kerja demi mencapai matlamat untuk jadikan hubungan ni
lebih bermakna untuk aku dan dia dan juga keluarga kami berdua..
Harap segalanya berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan..


p/s : Loye yaaa F


Assalamualaikum.. hai readers..


Dari hari ke hari nak update blog sebenanye..
So sekarang n dah ada mood nak menaip..
Nak citer pasal dinner sewaktu CNY ni..
Chinese New Year..

Boleh kata tiap-tiap malam aku makan lua..
aku bukan sambut tahun baru cina tu pun..
just keluar sebab sahabat-sahabat aku si Qilah, Kin,
Oda dan Nad balik ke Ulu Yam Bharu ni ha..
So, Kin yang belanja makan dan amik kitorang sume..
Malam tu aku makan Cantonese Mee Hoon..
Ouh sedap tapi banyak gila.. !
So, Qilah la tukang abiskan... hahahahaha
Kira okayla daripada membazirkan..

So, malam tu bergelak ketawa sakan.. hahaha..
macam apa dah gelak tak ingat dunia..
masing-masing jenis gelak kuat..
pastu bukak cite yang aku belajar masak dengan Oda..
Berdekah si Qilah ngan Nad gelakkan aku..
Aku pelik.. then aku tanya nape korang gelak ??
Then Qilah cakap macam tipu je kau belajar masak dengan Oda..
Kau tu paling pandai masak antara kitorang nape belajar ngan Oda..
woiiii... hahaha aku belajar masakan Korea la... bukan masakan Melayu..
Btw, thanks to Oda sebab sudi ajar aku masak masakan korea.. ^_^

Kembang sikit hidung dan punggung bila membe puji pandai masak
wakakakakakakka bangga gile sebenanye...
tapi kene cover-cover.. kang riak lak kang.. ahahahaha..


p/s : okay to be continue.. Raisha kacau !
Give me a one tall of water please,
Its been a while me don’t
Feel this feelin' for so long,
She a took from me boring day,
Hold me hand and we dance,
We do the reggae reggae,
The bird is singin singin a long the way…

Me gal, lets dancing all the night,
The trouble left behind now,
Lets makin' all the dark
Night comes alive..
Alrite…
She love me 8x.. me gal
she love me 8x.. me gal

She looks so fairy,
[solo man]
Queen of lion land,
[solo man]
Love and light she have,
I wish I had a girl that
Always hold me tight,
I wish I had a girl that always colour me life,
Love that we share we can
Spread it out.. auyeah….uuyeah..

Me gal, lets dancing all the night,
The trouble left behind now,
Lets makin' all the dark
Night comes alive..
Alrite…
She love me 8x.. me gal
she love me 8x.. me gal

What’s that in my head,
What`s shining day,
What’s that in my head,
Colour shining..


p/s : Layan lagu ni :)
Assalamualaikum..
Hai readers..

Okay malas nak taip panjang-panjang.
I will try as simple as i can.

Cikgu Mail is my favourite teacher when i was in secondary school.
But I know him since I was 6years old.
Sebab terpilih dapat masuk pertandingan matematik pantas.

Sekarang ni Cikgu Mail sakit.
Aku sedih sebab aku nak lawat dia.
Tapi tak dapat.
F sibuk kerja. hmmm..
Aku nak sangat lawat dia tapi kereta aku kat bengkel lagi..
Tadi adik aku tunjuk mesej bagitau yang dia tenat sekarang ni
Hidup bergantung dengan gas oksigen.
Ya Allah panjangkanlah umur cikgu Ismail Ariffin..
Bantulah beliau ya Allah..
Beliau banyak berjasa pada anak-anak melayu.
walaupun satu subjek dia aja..
tapi jenis bebal ke pintar ke suma dapat catch up apa dia ajar.
dia lah satu-satunya guru yang aku respect sebab tak kira level
pandai seseorang murid tu.. dan sentiasa pastikan semua anak
murid dia pandai subjek dia aja..
hurmm.. aku tak ready nak dengar berita yang tak baik..

Ya Allah aku mohon sangat Engkau berilah kesembuhan kepada
penyakit Cikgu Mail.. Ya Allah sembuhkanlah Cikgu Mail..
Ya Allah panjangkanlah usianya agar beliau dapat terus berjasa
pada anak bangsa.. Ya Allah berikanlah kesembuhan pada penyakitnya..
Hanya kepadaMu aku meminta ya Allah..
Ya Allah permudahkanlah aku untuk berjumpa dengannya..
Bantulah aku untuk menziarahi beliau.. Mungkin dengan kehadiran
anak-anak muridnya dia akan lebih kuat melawan penyakitnya..
Amin Ya Rabbal Alamin..

p/s : tolong semua doakan cikgu mail.
Assalamualaikum..
Hai readers !

Ikan Laga.. Ikan Laga.. Ikan Laga..
Ikan Laga tu adalah sejenis ikan yang tak boleh
duduk dekat dengan ikan sejenis dia mahupun
ikan jenis lain. Warna-warna ikan laga ni cantik sangat.
Ada merah, biru dan macam-macam lagi.

Pe benda lah tiba-tiba cerita pasal Ikan laga ni ??!
Pe motif hah ??!

Hahahahahaha... Sebenarnya malam tadi Mr.F hantar
2ekor Ikan Laga kat rumah.. Cantikkkk..
1ekor warna merah. 1ekor warna biru gelap.
Tapi yang warna biru gelap tu dia besar sikit..
Jantan kot.. Yang merah tu kecik betina la kot..
Elok sangatlah kalau betul sekor jantan sekor betina..
Dah macam aku ngan Mr.F dah..

Gara-gara Ikan Laga ni jugaklah aku kene marah
dengan Mr.F.. Hahaha yela dia da pesan jgn letak dekat-dekat
nanti ikan tu gaduh.. Tapi aku pulak beriya nak tengok
ikan tu gaduh camane.. Tak sampai 5minit pun aku bagi
ikan tu duduk sama-sama.. Memang bergaduh.. Terus aku
alihkan yang merah tu kat balang lain.. Pastu bila Mr.F tanya,
ikan-ikan tu okay ke? Ada gaduh tak? Aku punya jujur pegi
cerita.. Last-last aku kene marah balik.. Padan muka sendiri..
Aku siap tacing lagi.. Ikan ni lagi penting dari sayang ke?
Kahkahkah bila bangun pagi ingat balik kejadian tu memang
nak gelak.. Sebab pasal ikan pun boleh jadi macam tu..

Btw, to Mr.F , jangan risaulah ye.. Sayang jaga ikan ni baik-baik..
Dah duduk rumah takde kerja ni memang fokus kat ikan ni pulak
lah.. Buat kerja umah pun kadang-kadang bosan gak.. Ade ikan ni
ade gakla teman dikala kamu bekerja.. ^_^


P/s : I love you Mr.F

Assalamualaikum dan selamat tengahari.

Sekarang ni kecoh isu konvo PSIS dijangka akan diadakan
pada bulan September 2014. Katanya nak buat konvo untuk
3 batch serentak. Jadi, batch aku merupakan batch senior.

Gejala apakah yang berlaku dengan poli aku ?
Pihak PSIS ni taktau ke kami susah nak dapat kerja
sebab tak graduate lagi ? Mana-mana syarikat secara
puratanya akan bertanya, "awak dah konvo?" .

Kalau cakap pihak PSIS taktau nampak sangat tipunya !
Takde pihak yang sudi nak sponsor ke sampai nak jalan sekali 3 ?
Batch yg ke-3 memang sedap tak payah nak tunggu.
Macam apa je. Rasa nak mencarut je bila dengar bulan 9 konvonye.

Aku abis belajar bulan 5/2013. Lepastu konvo 9/2014.
Gila apa dah setahun baru nak konvo. Time pendaftaran
yuran semester nak cepat je. Daftar subjek pun nak cepat je.
Bila time nak buat majlis konvokesyen sampai nak kene tunggu
bulan 9 lak.. Adil ke bagi pelajar ?? Memang tak patutlah buat
pelajar macam ni..

Poli lain elok je sistem diorang. Dah ada yang konvo lak tu.
Poli aku nape bermasalah sangat ni ? Memang tak puas hati
betullah. Lepas ni aku dengar ada orang nak sambung study
kat PSIS baik tak payah. Nanti konvo lambat. Nak keje pun susah.
Banyak company nak amik orang yang dah graduated.

 P/s : ke nak buat petisyen hantar kat POLITEKNIK MALAYSIA ?
Assalamualaikum. Hai readers.

Macam-macam terjadi semenjak kebelakangan ni.
Aku cuba elak untuk mengeluh.
Aku tahu Allah sedang menduga aku.
Dengan izinNya aku masih mampu bertahan dan bersabar.

Sekarang ni aku masih berjaga untuk memerhatikan
anak buah aku Raisha. Ada makhluk yg ingin mendampinginya.
Nauzubillahiminzalik mintak dijauhkan.
Dengan berbekalkan ayat suci Al-quran dan selawat ke atas junjungan
Nabi Muhammad S.A.W dan sedikit bawang merah serta kunyit,
aku sapukan pada dahi, pelipat tangan dan kakinya untuk
menghalau makhluk tersebut. Dah 2malam Raisha menangis tak henti.
Kesian tengok dia. Sebab dia masih kecik dan. Tak mengerti apa-apa pun.

F pulak makan hati dengan aku.
Sebab tadi ibu da janji nak ke rumahnya untuk ubatkan Raisha.
Mama F pandai mengubat orang dan ingat nak mintak pertolongannya.
Tapi bila ayah da ubatkan tadi Raisha elok pula. Suhu badannya pun turun
menjadi normal semula. Jadi kami sekeluarga tak jadi ke rumah F.
Aku tau dia mesti kecewa kerana Mama dia mesti da siapkan
macam-macam.  I'm sorry F.


P/s : Ya Allah, kuatkan semangat aku dalam menghadapi dugaan dariMu. Amin.
Setahun daripada sekarang aku akan mendirikan
rumahtangga ataupun membina masjid baru.

Dengan siapa ?

Dengan orang yang aku sayang sangat.. InshaAllah..
Namanya Fadli. Umur dia pada tahun 2014 ni ialah 24 tahun.

Pagi tadi tiba-tiba aku tanya Fadli, adakah dia yakin untuk berkahwin
dengan aku. Then dia terus call aku lepas dapat mesej tu.
Dia tanya aku tak bersedia ke ?

Bukannya aku tak bersedia cuma aku rasa ianya macam cepat je.
Maknanya sedar tak sedar aku dah nak kahwin.
Banyak tanggungjawab nak kene galas.
Lepas ni dia pulak yang nak tanggung aku.
Lepas ni kene serumah dengan dia.
Aku kene berpisah dengan keluarga aku.
Aku ibarat hidup di tempat yang baru dengan orang yang baru.
Everything semuanya baru untuk aku dan Fadli nanti.
Emm mungkin aku terlalu fikirkannya.
Semoga Allah permudahkan segalanya untuk aku dan Fadli.
Sekejap je perkenalan kita dah nak bertunang dan berkahwin.

Bila pandang gambar waktu zaman kanak-kanak terasa
macam semalam umur 6 tahun hari ni dah 22 tahun dah.
23 dah nak kahwin. oh cepatnya masa berlalu.



Assalamualaikum
Hai readers...

Okay tajuk takde nak hot sangat la kan...
Untuk pengetahuan, aku ni agak boros bila ade duit cash
dalam tangan that's means dalam purse la..
Kang pegang je duit ke hulur ke hilir memang kene ragut la kan..
hahahaahahaa...

Then, nak dikaitkan dengan pemboros ni ialah Mr. F aku ni pemboros orangnya..
sama je macam aku pantang ade duit dalam purse mesti nak guna..
bukan beli ape pun.. blanje family makan la.. tengok wayang la..
pastu tau duit dah abis.. hahahhaa..

Tapi Mr.F ni bijak.. dia bagi kat aku kad bank dia.. 
Dia punya nak menyimpan dan tak nak boros lagi dia bagi kad bank 
dia kat aku..  Nak tak nak aku lah yang kene uruskan bayar duit kete dia..
duit simpanan kat easy rhb.. duit bil umah.. duit blanje mingguan dia..
semuanya aku yang uruskan.. pening kepala aku..
daripada lebat rambut aku boleh botak cenggini.. hahaha.. lepas ni boleh
buat savings untuk dapatkan rawatan kat Yun Nam Hair Care.. hahahaa..

So, masalah boros dia telah dapat diatasi dengan baik..
tapi masalah boros aku ? still the same.. hahahhaaha..
punya nak tahan nafsu membeli tu, aku just belek2 je barang aku berkenan
dan cakap dalam hati, sabar... belum masanya nak membeli..
tapi kalau tak tahan, pejam mata je terus g cashier dan bayar je.. hahahaha..


p/s : Ini first time aku menguruskan kewangan lelaki.