Assalamualaikum readers..
Malam tadi aku mimpi si Hana dan Syida..
Ermm aku mimpi Hana kene gilis dengan LRT..
Dalam mimpi tu, LRT baru sampai tapi belum berhenti
lagi tapi Hana tak menyempat nak masuk dan terus digilis..
Syida pulak aku mimpi waktu tu aku jumpa kawan-kawan lama..
Tiba-tiba kawan-kawan aku tanya, Eh Nani kau tau syida da meninggal?
Aku jawab, Eh taktau pun.. takde sape bagitau aku pun.. ermm sakit ape?
Tak sempat diorang nak jawab aku terjaga dari tidur..
Aku tengok jam kat handphone menunjukkan pukul 2.01pagi..
Waktu aku terjaga, aku rasa berdebar-debar je..
Tapi orang cakap kalau kita mimpi seseorang tu meninggal
maknanya umur dia panjang.. Mudah-mudahan.. Amin..
Aku tergerak jugak nak bangun terus buat solat sunat..
Tapi terlelap balik..
Ya Allah, panjangkanlah umur keluargaku, saudara maraku, sahabat perjuanganku,
dan orang yang ku sayangi dengan kebaikan dan jauhkanlah kami daripada
kemudaratan, malapetaka, maksiat dan perkara-perkara yang dilarang olehMu..
Jadikan usia hidup kami satu bekalan yang cukup untuk di akhirat kelak.. Amin..
p/s : Kita tidak pernah tahu bila tarikh mati kita. Kita alpa kematian selalu menjenguk kita.
Posted by
Unknown
at
Monday, March 31, 2014
Posted by
Unknown
at
Friday, March 21, 2014
Assalamualaikum
Hai readers...
SAKIT PERUT + SAKIT KAKI... sedih !
Dalam perut ni macam ada angin berlegar-legar je..
Kat kaki pulak pagi tadi sidai kain tersepak batu
bata dekat pasu berdekatan dengan bakul baju tu..
Hari ni dah Jumaat.. Esok aku pergi Pulau Pinang..
Georgetown here I come bebehhh.. hahhahaa...
Kalau bab berjalan no.1
Cuba kalau ajak lipat kain, cekodokkk jawabnya...
Hahahahaa..
Okay perut cepat sembuh ye..
Kaki pun sama okay.. kene cepat sembuh..
Esok kita nak jalan jauh ni..
Homestay dekat dengan laut..
Weee... naik pelampung la main kat laut.. hahahha..
Aku dahla penakut dengan ombak..
Memang main dekat-dekat ngan pantai jela jawabnya..
Doakan semoga perjalanan aku sekeluarga pergi dan balik
selamat ye.. Nanti F mesti rindu.. huhu... F jaga diri baik-baik
ye.. Minggu ni kita tak dapat nak date sabtu ahad.. Jangan buat
perangai ye.. Kalau ahad ni tak keje, duduk je umah okay.. hahaha..
p/s : Jum kemas baju !

Thursday, March 20, 2014
Assalamualaikum..
Hai readers..
I'm glad to say that Mr. F and me has take a look
at house-to-be. hahahahaha.. semacam je ayat aku..
Kalau dah Melayu tu Melayu jugaklah kan..
Haa beberapa hari yang lepas F dan aku ada pergi tengok
rumah yang F selalu cerita tu..
Rumah tu bagi aku, 'just nice and simple'.
Sedap mata memandang.. Tak besar tak kecik..
Dan yang sedih sikit rumah tu ada tangga..
Bukan rumah bertingkat okay.. cuma tangga dlm
rumah untuk ke loteng atas.. Kalau F jadi beli rumah
tu, aku dah cakap awal-awal aku tak nak naik
tangga ke loteng tu.. hahahahaa..
Tapi yang aku suka kat rumah tu sebab depan rumah
ada 'playground', jiran ramai kat sekeliling.. plus rumah
corner lot.. so, boleh la aku nak cucuk tanam sikit..
Haaa ingat aku takde bakat bercucuk tanam ke haa???
Belum cuba belum tahu.. haaa.. tudiaaa ehh..
Okay ni baru satu rumah yang kitorang pergi tengok..
Nanti nak ajak dia tengok rumah kat area Tamu Hill..
Kat belakang tu banyak projek rumah baru nak naik..
Btw, aku macam tak sangka F dan aku dah sampai
ke tahap ni.. yelah beli barang nak bertunang, cari rumah..
Ni lah benda yang aku pernah impikan dulu..
For your information, barang-barang dan hiasan dulang hantaran
semua aku buat sendiri.. Nanti dah siap aku update kat sini okay..
Takpun masa lepas majlis bertunang baru aku update.. baru teruja
nak tengok kan..
p/s : doakan kebahagiaan aku bersama F dunia akhirat ye.. ^_^
Posted by
Unknown
at
Friday, March 14, 2014
Assalamualaikum..
Hai readers..
Semalam aku dapat waran tangkap..
Sedih habak ang !
Pasal saman langgar lampu isyarat dulu..
Haiyooo dah dapat waran tangkap baru gelabah
nak gi bayar.. hahahahaa..
Pagi ni jugak aku gi setelkan.. Alhamdulillah selesai
segalanya dengan baik.. cuma..cuma..cuma..
Aku nak tegur sikit tingkah laku Polis Trafik Kuala Kubu Bharu
ni.. Aku tau aku orang awam, tapi tak bermakna pihak polis trafik
ni boleh berkelakuan kurang adab dengan orang awam..
Benda ni kecik je pun.. Aku memang kali pertama datang
cawangan trafik Kuala Kubu Bharu ni.. so memang taktau lah
mana pintu masuk nak bayar saman ni..
Kebetulan ada seorang pegawai polis ni baru sampai..
Aku : Assalamualaikum encik, tumpang tanya kat mana ye nak bayar
saman trafik ?
Polis 1 : Waalaikumussalam, dekat atas tu.. naik ikut tangga tu.. saman
apa tu ?
Aku : Saman traffic light..
Polis 1 : ouhhh.. haa ikut tangga tu, pejabat bayar saman kat atas tu..
Aku : Terima kasih encik.
Polis 1 : Sama-sama..
Haaa apa yang tak kene ? okay je kan ? Polis 1 ni memang okay..
walaupun muka dia garang tapi dia jawab dengan penuh adab dan sopan..
Aku pun meneruskan perjalanan ke pejabat bayar saman tu.. Tengah aku naik
anak tangga tu, tiba-tiba Polis 2 tegur aku...
Polis 2 : haaa ni apesal ?? apahal ?? apahal ?? (muka bengis)
Aku : (tersentak sekejap dan tenung muka polis 2 tu) saya nak bayar saman.
Polis 2 : haa okay..
Aku : terima kasih. (aku pun taktau kenapa aku ucap terima kasih tp mungkin akan
buat dia terasa hati sebab orang muda macam aku masih boleh hormatkan dia
walaupun dia tak beradab dengan aku)
Ni teguran aku nak bagi buat Polis-Polis Trafik yang bersikap macam Polis 2 ni..
Saya ni orang muda encik. Encik tu orang tua. Sepatutnya encik menunjukkan
sikap yang baik pada saya. Supaya orang muda macam saya ni lebih hormat
dan boleh mencontohi sikap encik. Tapi kalau macam tu lah cara encik berhadapan
dengan orang awam seperti saya, ada ke orang nak hormat encik ? Tak semestinya
encik tu polis encik boleh berkelakuan kurang adab dengan orang lain. Ianya hanya
menconteng arang ke muka sendiri. Maaf cakap, saya memang sukar nak hormat orang
macam tu. Saya fikirkan encik ni lebih berusia dari saya je saya diamkan diri.. Saya taknak
encik malu ditegur oleh orang muda seperti saya. Lagipun saya datang cuma nak bayar
saman je.. bukan nak ceroboh pejabat encik ke nak bakar pejabat encik ke.. Saya datang
cara baik.. Saya berharap encik akan sedar cara encik berhadapan dengan orang awam tu
tidak sepatutnya begitu.. Encik mungkin boleh mencontohi sikap pegawai polis yang lain..
Apa-apa pun terima kasih kepada semua pegawai yang telah melayani
saya dengan baik pagi ini.
p/s : Tingkah laku kita mencerminkan identiti kita.
Posted by
Unknown
at
Friday, March 14, 2014
Assalamualaikum..
Hai readers..
heee cam lame je tak menulis ni.. hahahaa..
Hari ni memang nak kepoh sikit..
Nak tulis banyak entri..
Sabtu lepas aku dapat Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat daripada SPA..
SPA tu apa ? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Mengalir gaklah air mata macam tak percaya dapat surat
daripada SPA.. harap-harap adalah rezeki untuk sumbang
keringat pada perkhidmatan sektor kerajaan.. yelah kerja
kerajaan ni banyak kemudahannya dan elaun-elaunnya..
Mudah-mudahan ada rezeki untuk aku.. Amin ya rabbal alamin..
p/s : Doakan semoga aku berjaya menggalas jawatan tersebut..

Wednesday, March 05, 2014
Assalamualaikum..
Hai Readers ^_^
08 MAC 2014 adalah tarikh peperiksaan
untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29.
Alhamdulillah aku terpilih untuk menduduki peperiksaan tu sabtu ni..
Tapi gementar sampai tak boleh nak buang air besar.. tangan sejuk-sejuk..
Punyalah aku gementar tak terkata.. Aku tak sangka aku terpilih untuk
menduduki peperiksaan tu.. tapi aku bersyukur sangat kerana menjadi
di antara yang terpilih..
Jadi, aku kene buat persediaan.. kene keluar modal sikitlah untuk beli
e-book.. ada tips-tips, soalan dan jawapan.. Aku harap berbaloilah
usaha aku ni.. Aku yakin dengan Allah dan aku yakin rezeki datangnya
dari Allah.. Jika dia kurniakan jawatan ni untuk aku, maka akulah
orang yang paling bahagia.. Ya Allah permudahkanlah urusanku..
Permudahkanlah peperiksaan ini untuk aku.. Berilah aku kejayaan
yang cemerlang di dalam peperiksaan ini.. Amin ya rabbal alamin..
p/s : kalian doakan aku jugak okay. tq.

Subscribe to:
Posts (Atom)